Isnin, Disember 06, 2010

DS NAJIB SUDAH TAHU.... MASA UNTUK MEMBUANG YANG BUSUK !

SEBAGAIMANA yang sudah diketahui oleh umum,DS Najib belum lagi mendapat idea untuk             mengumumkan bila PRU 13 akan diadakan.Beliau sejak akhir2 ini sangat gemar bermain teka teki berkaitan PRU 13.Untuk measa kini,beliau sangat sibuk didalam program mengemaskini jentera kerajaan dan memperbaiki taraf hidup rakyat keseluruhannya.Beliau juga berkerja keras bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN.
Walaupun PRU negeri Serawak boleh diadakan pada bila2 masa dari sekarang,namun beliau belum boleh lagi berbuat demikian,kerana Beliau beranggapan bahawa PRU negeri Serawak akan mempengaruhi pengundi pada keseluruhan PRU 13 jika diadakan.
Faktor terbesar yang mempengaruhi beliau adalah berkaitan polimik dan iklim YB2 yang ada didalam UMNO khasnya dan komponen BN amnya. Beliau mahu pengumuman yang dibuat akan menjadi kenyataan untuk majoriti 2/3, dan calun BN yang akan bertanding adalah daripada calun yang benar2 bersih dari segala kekotoran.
(Ditahan SPRM disyaki rasuah)
Ini dapat dikaitkan dengan isu terbahru dimana YB bekas menteri besar Selangor,Ds Khir Toyo telah ditahan oleh SPRM kerana dipercayai melakukan rasuah semasa berkhidmat didalam kerajaan.Isu ini akan mempengaruhi pengundi melayu diSelangor dan Malaysia amnya.

(DS SAMY VELLU-Melepaskan semua jawatan dalam MIC)
Begitu juga dengan perlepasan DS Samy Vellu daripada semua jawatan didalam MIC..Pekara ini juga akan mempengaruhi masyarakat India keseluruhanya.MIC terpaksa bertarung dengan HINDRAF untuk memulihkan semangat kaum INDIA.

(DS.CSL-Ada sejarah Hitam)
Didalam MCA pula terdapat percangahan pendapat diantara Presiden dan Tim.Presiden.Begitu juga dengan Parti Gerakan yang belum lagi dapat menyakinkan beliau didalam isu diPP.
(Prestasi menjunam selepas PRU12)
Oleh yang demikian,DS Najib terpaksa berkerja keras sebelum mengumumkan tarikh yang tepat bila PRU13 akan diadakan.
Sebenarnya DS Najib sudah mengetahui bahawa lebih ramai lagi YB2 daripada BN yang akan disoal siasat oleh SPRM.Beliau mempunyai jaringan inteligen yang berwibawa bagi memastikan YB BN betul2 dapat memberikan keputusan 2/3 dan berjiwa rakyat.Yang berkhidmat untuk rakyat dan bukannya berkhidmat untuk kepentingan diri sendiri.
Saya yakin , biar hilang  100 yang busuk ,asalkan dapat 1 yang wangi,Dan yang wangi inilah yang akan membela nasib rakyat Malaysia.
DS. NAJIB MEMANG BIJAK - BIJAK !


2 ulasan:

Azizan Yaakob berkata...

blog sdr telah dipautkan ke http://anginria.blospot.com halaman melayurayadaily. jika tidak keberatan sukacita dipautkan kehalaman sdr. Jika ada ruang. TQ

anak sufi berkata...

SALAM. KITA DI BAWAH PAYUNG YANG SAMA. SAYA MOHON TUAN MEMBUAT PAUTAN BLOG SAYA DI BLOG TUAN SEBAGAIMANA SAYA TELAH MEMBUAT PAUTAN BLOG TUAN KE BLOG SAYA. T.KASIH...