Isnin, Januari 17, 2011

PKR DAN DAP AKAN BOIKOT PAS DITENANG !

BELUM APA2 SUDAH BERCAKARAN.
PKR DAN DAP TIDAK AKAN BERKEMPEN DIKAWASAN MELAYU.

Laporan dalam satu portal berita internet yang mengatakan bahawa Pas Johor tidak membenarkan PKR berkempen di kawasan Melayu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang adalah sedang disiasat.. Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, Pas ada membuat pengkhususan bagi memudahkan gerak kerja dalam PRK DUN Tenang itu dan menafikan kenyataan dalam laporan tersebut. “Bukan kita tidak benarkan, tetapi pihak kita membuat pengkhususan untuk memudah dan melicinkan lagi gerak kerja . “Pas berasakan mereka mempunyai kelebihan terhadap orang Melayu, manakala bagi DAP dan PKR pula mempunyai kelebihan untuk masyarakat Cina dan India. Jadi mereka boleh fokuskan terhadap pengkhususan masing-masing,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Dzulkefly berkata, jika DAP, PKR dan Pas mempunyai tenaga kerja yang lebih, maka tenaga itu boleh digunakan untuk membantu antara satu sama lain dalam melancarkan gerak kerja. Sementara itu, Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gelang Patah, Mohd Nazri Ismail berkata, isu itu tidak timbul dan pihaknya tidak dihalang untuk berkempen di kawasan Melayu. “Pada saya, perkara itu tidak menjadi masalah dan kita bebas menjalankan tugas masing-masing tanpa sebarang halangan. “Kami beri sokongan penuh dan akan memastikan kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR) walaupun kita tahu kawasan itu kubu kuat Barisan Nasional (BN),”

NAK BERKEMPEN PUN BEREBUT KAWASAN.MASING2 TIDAK PERCAYAKAN KAWAN.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang peliknya,mereka tetap tidur sebantal dan didalam kelambu yang sama !