Sabtu, Februari 26, 2011

CANTAS 'KADER' MEREKA SEBELUM BERAKAR

Parti pembangkang sekarang ini dilihat sudah memainkan peranan yang lebih terhadap mahasiswa IPTA/IPTS diseluruh negara.Mereka telah menjalankan gerakan mencucuk jarum terhadap mahasiswa dengan harapan akan mendapat sokongan dari golongan tersebut.Ini memandangkan sokongan orang awam terhadap Parti Pembangkan mula terhakis dan ramai pemimpin mereka sudah mula keluar parti.
Parti Pembangkang seperti PAS/DAP dan PKR secara agresif ,terus menerus mempergunakan golongan mahasiswa yang rata2 golongan belia,untuk kepentingan politik jalanan mereka.
Golongan ini dilihat sangat rapuh pegangan priotikya dan dengan mudah termakan janji2 manis yang dijanjikan oleh parit2 pembangkang.
Namun tidak semua mahasiswa akan termakan hasutan pembangkang.Yang termakan hasutan mereka adalah anak2 ahli parti pembangkang juga.Golongan inilah yang mudah dijadikan 'KADER' mereka.

seterusnya.......

Golongan mahasiswa di negara ini seharusnya menumpukan perhatian kepada pelajaran dan tidak terikut-ikut dengan rentak pembangkang.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, perkara yang berlaku pada pilihan raya kampus di universiti awam baru-baru ini cukup membimbangkan kerana mahasiswa dilihat cuba dijadikan alat politik pembangkang.

Ini jelasnya, sebagai usaha mereka menguasai kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
"Bukan rahsia lagi bahawa pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan mahasiswa sebagai alat untuk meneruskan gerakan reformasi membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.
"Kita tidak pernah takut untuk berdepan dengan Anwar tetapi kita kesal kerana mahasiswa sepatutnya menumpukan perhatian kepada pelajaran.

"Lebih dikesali, universiti dijadikan gelanggang politik oleh pembangkang untuk melebarkan pengaruh mereka di kalangan mahasiswa," katanya dalam blognya, http://umnobahagiancheras.blogspot.com hari ini.
Rabu lalu, lima pengawal keselamatan Universiti Putra Malaysia (UPM) cedera termasuk seorang terpaksa menerima 16 jahitan di tangan semasa cuba menghalang sekumpulan penuntut promahasiswa memasuki pejabat pentadbiran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti itu.
Mereka bertindak mengadakan demonstrasi hampir 17 jam memprotes tindakan HEP membatalkan kemenangan 11 calon promahasiswa.

Syed Ali berkata, berkaitan pilihan raya kampus, pembangkang dilihat cuba meracuni pemikiran mahasiswa dengan ideologi politik radikal apabila menjadikan revolusi politik di Asia Barat sebagai aspirasi perjuangan mereka.
Beliau seterusnya menggesa kerajaan memantau kemungkinan gerakan pembangkang di universiti didalangi kakitangan serta pentadbir universiti berkenaan.
"Kita bimbang ada 'musang berbulu ayam' yang cuba menyerap fahaman radikal dan politik liberal di kalangan mahasiswa bagi menjayakan agenda Anwar untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN)," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan kononnya Anwar akan mengadakan 'perhimpunan rakyat' di Dataran Merdeka dalam masa terdekat ini termasuk mengheret pembabitan mahasiswa.
"Jika benar, saya berharap polis perlu bertindak pantas menanganinya," tambahnya.

utusan.

1 ulasan:

blogenstarz berkata...

http://jasinhomestay.blogspot.com/
Terima Kaseh.
Saya ulang alik dari Parit..... Muo je.
Dekat.... 30minit sampai !