Isnin, Februari 14, 2011

MELAYU HILANG TELOQ KERANA PAS DAN PKR

SEJAK PAS dan PKR menjalin hubungan yang mesra dengan DAP , kedudukan orang melayu seakan telah tersisih dibumi sendiri.Apa tidaknya,orang melayu tidak lagi berani menyuarakan hak2 mereka.Seolah2nya mereka adalah kaum pendatang walhal kaum CINA dan INDIA lah yang sebenarnya kaum pendatang dimalaysia ini.

Kaum melayu juga telah didapati semangkin renggang kerana terlalu fanatik dengan fahaman politik mereka.sehinggakan mereka tidak lagi mengangkat Bangsa Melayu sebagai bangsa yang berhak mutlak keatas Malaysia.

MELAYU MESTI BERSATU DEMI MALAYSIA
MENGAPA TAKUT DENGAN KAUM CINA DAN INDIA.
MELAYU SEPATUTNYA MEMERINTAH , BUKAN DIPERINTAH ! !

seterusnya

Orang Melayu hari ini berada dalam dilema besar apabila tidak lagi boleh bercakap mengenai kepentingan Melayu kerana akan dikatakan rasis.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, lebih malang lagi orang Melayu tidak mampu mempertahankan diri sendiri kerana lebih banyak mengalah dan mengundur diri kononnya dengan cara itu mudah untuk mendapatkan keamanan.
Malah katanya, sehingga pada satu tahap mereka tidak lagi boleh mengatakan bahawa negara ini adalah tanah air bagi orang Melayu.

Menurutnya, beliau sendiri menjadi sasaran kritikan termasuk oleh akhbar-akhbar bahasa ibunda walaupun apa yang dinyatakannya mengenai orang Melayu adalah benar.
“Kita selalunya malu alah kepada bangsa lain dan tidak berani menyebut perkara yang benar dan ini merugikan kerana kita tidak berniat untuk merampas hak mereka.
“Jika kita terus berpegang kepada nilai ini, maka kedudukan kita akan terhakis,” katanya. Hadir sama
Beliau memberi contoh, sekiranya orang Melayu benar-benar menggunakan peluang daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB), kedudukan ekonomi mereka sebenarnya boleh melebihi 30 peratus seperti yang diperuntukkan.

Tambahnya, orang Melayu juga terlalu mengikut nafsu sehingga ada yang sanggup memecahbelahkan kaum sendiri dan menggadai maruah bangsa semata-mata sikap tamak dan gila untuk berkuasa.
Keadaan itu kata beliau, menyebabkan orang Melayu menjadi lemah dan terpaksa bergantung kepada kaum minoriti walaupun pada hakikatnya Melayu merupakan kaum majoriti di negara ini.

“Apabila orang Melayu mula bergantung kepada kaum minoriti, maka kita terpaksa menyerahkan apa yang sepatutnya menjadi hak orang Melayu. Inilah sebenarnya dilema kita,” katanya.

Dr. Mahathir menambah, sekiranya orang Melayu tidak sanggup menukar nilai hidup yang dipegang ketika ini, mereka tidak mungkin mencapai apa jua matlamat dan menjadi bangsa termundur di negara ini.
Kerana itu kata beliau, untuk menjadi ‘tuan’ dalam erti kata sebenar, orang Melayu perlu menukar nilai hidup yang tidak sesuai dengan kemajuan, menguasai ilmu dan kemahiran serta berkuasa dari sudut ekonomi.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sdr,
skg ni bukan sahaja Melayu sudah tidak berani menyuarakan hak Melayu kalau berdepan dengan kaum Cina dan India, malah yg lebih menyedihkan, depan org PAS pun tidak boleh menyebut BANGSA MELAYU, pantas je tgn depa memancung org tu. mereka sudah jadi isi dengan kuku dengan DAP. sampai x boleh protes apa pun kepada teman karib depa.

Tanpa Nama berkata...

Perpecahan perpaduan orang2 melayu adalah berlandaskan fahaman politik dan bukannya berlandaskan kenegerian.....

PAS dan PKR harus disisihkan !

Tanpa Nama berkata...

kalau begitu setiap orang2 melayu di
bumi malaysia hendaklah tolak PAS dan PKR kerana merekalah PETUALANG bangsa menyebabkan perpecahan melayu. Saya anak iban melayu dan akan tetap mengundi BN. Hidup BN dan UMNO. Dari pendekar sentak pelepak.

dinturtle berkata...

salam Perjuangan,

Mohon dilinkkan blog saya disini. Blog saudara sudah saya linkkan.

http://dinturtle.blogspot.com/

TerimaKasih.

blogenstarz berkata...

Din Turtle

ASAP TQ