Selasa, Mac 01, 2011

CALUN PAS MUKA TAK MALU

Tanggungjawab sebagai pemimpin masyarakat jauh lebih berat. Dan ianya bersifat sekular dengan tanggungjawab sebagai pemimpin keluarga, sama ada anda seorang lelaki mahupun wanita. Menjadi pemimpin masyarakat, bermakna perlu juga menanggungjawab sebagai pemimpin keluarga. Bagaimanapun, menjadi pemimpin keluarga, belum tentu anda perlu memimpin masyarakat.

Barangkali kerana terlalu kemaruk nakkan kemenangan dan sokongan daripada kakitangan kerajaan, PAS telah melantik Yuhaizad sebagai calon mereka di Merlimau. Dan sesuatu yang sangat menarik ialah, Yuhaizad MENUMPANG jawatan isterinya untuk tinggal di kuarters perumahan guru....

Salah satu daripada tanggungjawab suami adalah dengan menyediakan tempat tinggal kepada isteri, bukan sebaliknya. Mungkin perkara itu tidak dipandang berat, memandangkan ia hanyalah salah satu juzuk dalam hukum fiqh iaitu munakahat. Namun sebenarnya, dari situlah kita akan dapat tahu sama ada seseorang itu benar-benar bertanggungjawab atau sekadar cakap pandai tetapi lari daripada tanggungjawab.

Bagaimana agaknya calon PAS ini hendak berhadapan dengan Allah Taala kelak dalam keadaan tanggungjawabnya selaku suami masih tidak mampu dipenuhi tetapi mencari tanggungjawab lain pula?

Hal ini bukan sekadar melibatkan calon PAS berkenaan sahaja, sebaliknya melibatkan lebih ramai orang lelaki yang lain. Zaman sekarang, di mana lelaki dan wanita saling berlumba-lumba untuk menguasai ekonomi dan kewangan, membuatkan ramai yang terlupa tanggungjawab dan fitrah sebenar mereka.

Lelaki, walau secikai mana pun, tanggungjawabnya tetap tidak lari iaitu menyediakan rumah atau tempat perlindungan buat isteri, memberikan nafkah zahir dan batin mengikut kemampuan, menyediakan makan pakai, menyediakan pembelajaran dan mendidik keluarga dan melindungi keluarga dengan apa daya yang ada padanya. Jikalau dia seorang yang susah dan isterinya pula lebih berkeupayaan, maka bantuan si isteri hendaklah dihargai kerana kesudian si isteri membantu, walhal itu bukanlah tanggungjawab isteri.

Duit suami adalah duit isteri sedangkan duit isteri BUKANLAH duit suami...

Zaman sekarang, lelaki bersenang lenang sedangkan kaum wanita yang bertungkus lumus mencari rezeki. Anehnya, lelaki-lelaki jenis ini yang berangan-angan hendak berbini lagi, hendak berlagak sebagai raja dalam rumah dan angkuh kerana menjadi pemimpin... walhal, dia bukanlah seorang pemimpin bahkan seorang yang dipimpin yang terlaknat kerana tidak sedar diri!


SUMBER:
theflyingkick.blogspot.com

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Macamana nak berkhidmat kepada masyarakat....
Pirahhhhh

Tanpa Nama berkata...

Macamana nak berkhidmat kepada masyarakat....
Pirahhhhh

ajijasin berkata...

DIA NI KAMBING ITAM AJE...
YANG KEPALA KEPALA... SEMUA NYOROKKK... MACAM KURA KURA NYOROK KEPALA DALAM KULIT CENGKERANGGGGGG...
NAK KOMPOLLLLLLLL DUIT... MASUK PRU LA...