Ahad, Jun 12, 2011

PAS AKAN HANCUR KERANA HADI AWANG.

Pas disifatkan sebagai sebuah parti yang sedang menunggu masa untuk hancur disebabkan pembawaan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak mendapat sokongan padu daripada semua ulama serta golongan akar umbi.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Abdul Hadi kini telah terpengaruh dan terpaksa mengikut kehendak golongan 'Anwarinas' bagi memastikan Pas relevan dalam pembangkang biarpun menggadai dasar perjuangan parti itu untuk menubuhkan negara Islam.
Beliau berkata, gaya kepimpinan dan dasar perjuangan Abdul Hadi sebenarnya amat berbeza dengan golongan 'Anwarinas' yang hanya mahukan kuasa dan memperjuangkan idola mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

"Saya percaya yang membawa isu ini adalah pemimpin Pas tetapi di bawah (keadaan) kucar-kucir, pemimpin di peringkat bawah dan ahli berasa keliru, ini bermakna Anwar berjaya mempengaruhi pemimpin Pas tetapi tidak pada akar umbi.
"Bagi saya Pas satu parti yang sedang menunggu kehancuran. Dia boleh sorak menang tetapi kalau kampung tergadai apa gunanya, ini yang berlaku kepada Pas hari ini," katanya selepas Ceramah Perdana Berkembar Parlimen Pasir Mas di Kampung Pohon Rawa di sini malam tadi.

Ceramah Perdana itu disertai tiga Ahli Parlimen Bebas iaitu Zahrain, Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin. Ia diadakan bagi memberikan penjelasan mengenai isu-isu semasa terutama membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Zahrain yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang berkata, kedudukan Abdul Hadi sebagai Presiden juga goyah kerana kumpulan tersebut sedang menunggu masa untuk mengambil alih kepimpinan parti itu.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Amanat untuk Haji Hadi.
50 tahun PAS menggunakan Islam untuk tujuan politik! Hj Hadi, sekarang barulah Allah tunjuk true colours kau. Memang betullah menjadi Solat Hajat korang semua. Ibrahim Libya mati katak dek amanat kau. Islamkah yang kau dokong tu? Ke kau semata nak mengejar kerusi parlimen. Na’uzubillahi minkum!! Memang laknat punya pusing cakap!! Baru kau sedar lepas 50 tahun takda istilah Negara Islam dalam Quran, habis yang kau bersyarah sampai tersembul biji mate kau tu, sampai tekak kau keluar api membantai orang lain tak buat Negara Islam tu ape?
Sekurang-kurangnya pemimpin jati Melayu lain taklah berselindung di sebalik Islam. Kerana understood memperjuangkan nasib Melayu bermakna Islam automatic makmur. Benda ni tak susah nak faham. Pemimpin jati Melayu dulu memperjuangkan nasib dan hak orang Melayu dan membangunkan supaya setaraf dengan kemajuan bangsa lain. Kalau tu pun nampak salah I tak taulah.
Sekian ramai orang melayu yang berpendidikan tinggi, bebas untuk mengamalkan Islam, berjawatan tinggi dan melonjak keluar dari aras kemiskinan. Itu semua siapa perjuangkan?
Cuma I sedih PAS dan UMNO dua-dua umat Islam. Ketepikan sengketa dan buatlah kerajaan campuran kalau tak nak dok sebumbung pun. Orang lain semua dah sokong DAP. Kau jangan mimpi DAP nak perjuangkan nasib kau. Entah-entah anak kau nanti pun bukan cakap dapat biasiswa, masuk local U pun terhegeh hegeh nak dapat.
Sedarlah orang Melayu yang rata-rata menjunjung agama Islam. Orang dia solid 30% sokong DAP. Orang kita split 27% PAS 27% UMNO. Bangsa-bangsa lain balance 16% nak jadi tak significant pun dan memang tak mampu sebab bangsa dia solid 30% jadi kingmaker.
Kalau DAP ada 30% full majoriti dia dah tak perlukan PAS lagi. PAS akhirnya jadilah pecacai melukut di tepi gantang sebab DAP lagi ramai % daripada PAS dan Aljuburi pulak tak diperlukan lagi, tak relevan pasal DAP dah dapat undi PAS. So buat apa lagi nak Hj Hadi jadi PM? dia orang dah majoriti beb!
Bila Kit Siang jadi PM you all orang Melayu jangan mimpilah nak jadi pentadbir kerajaan ke pemimpin sekolah ke, pentadbir universiti ke atau pembuat dasar. Sebab u Melayu pencapaian pendidikan dan ekonomi lemah dan segelintir besar (ironis) malas kerja dan malas belajar. Dahlah kompani melayu tak banyak, Petronas and GLC tu semua state-owned. Dah dapat kat DAP u think dia akan pikir pasai Melayu? Bacalah blog Redhuan Tee untuk faham minda ultra kiasu. Dia Cina Muslim sendiripun rasa tertindas inikan pula kita Melayu rata-rata Islam.
Nanti jangan bising ye anak tak boleh masuk local u. semua kena hantar universiti cekai kat indonesia. Jangan bising ye orang Melayu tak boleh jadi Yang Dipertuan Majlis Perbandaran, ketua jabatan kerajaan, dekan local U dll sebab itulah tempat orang Melayu cari makan gaji.
Sokong berpada-pada. Ingat sentiasa 'Walan tardha ankal Yahudu walan Nasara..."
"tidak sekali kali akan redha Orang Yahudi dan Nasara sehinggalah kamu ikut cara hidup mereka."
Siapa Teresa Kok? Nga Kor Ming? Ngeh Koo Ham? Hannah Yeoh? Teoh Ni Ching? Nasara Maa.. Lu orang ingat dia mahu ingat sama you?
Pikirlah orang Melayu. Sampai waktu tu kita tak perlukan Aljuburi lagi pasai dia pun dah jadi mereka. Tak percaya tengoklah pendirian Aljub mengenai pluralisme dan Lina Joy, Ketuanan Rakyat dan hubungannya dengan Yahudi sedunia.
Pikirlah Orang Melayu yang menjunjung kedaulatan Islam.