Rabu, Jun 29, 2011

PKM SIAL - PERLETAKKAN SENJATA TIDAK BERMAKNA MEREKA MENYERAH KALAH .

Penahanan 30 aktivis PSM dengan segala macam risalah serta prop komunis, nyata menunjukkan yang Demonstrasi BERSIH 2.0 sebenarnya adalah usaha menjatuhkan kerajaan dengan cara menimbulkan kekacauan.

Pengakuan daripada beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang mengakui bahawa demonstrasi jalanan akan digunakan untuk menjatuhkan kerajaan, telah mengesahkan bahawa BERSIH 2.0 adalah unsur subversif.

Ada maklumat yang mengatakan, ada usaha pihak tertentu dari BERSIH 2.0 yang membawa masuk senjata bagi melancarkan lagi demonstrasi.

Dan kerana itu menurut mereka, Ambiga Sreevanasan begitu yakin demonstrasi yang akan diadakan pada 9 Julai nanti akan 'berjaya' mengalahkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Dan kerana itu juga sebahagian besar daripada pemimpin Pakatan Rakyat begitu yakin, kerajaan akhirnya terpaksa tunduk kerana BERSIH 2.0 akan menjadi Medan Tahrir.

Ketika pihak berkuasa mula memperhebatkan gerakan menangkap dan menghalang anggota-anggota BERSIH 2.0, ternyata tidak ada sedikit pun ketakutan mahupun gentar daripada para pemimpin Pakatan Rakyat. Bahkan mereka semakin berani mencabar pihak berkuasa.

Kalau benarlah seperti yang dikhabarkan, pastinya sesuatu yang lebih besar selain DEMONSTRASI semata-mata.Mereka hanya meletakkan senjata tanpa membuang fahaman kominis.


Pemantauan pihak berkuasa terhadap kawasan hutan belantara yang disyaki ada senjata yang ditanam oleh kader2 kominis hendaklah dipantau sepenuhnya.
Flying Kick

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pkm hanya letak senjata, iaitu menghentikan perjuangan secara bersenjata dan berperang dengan kerajaan malaysia. namun pkm masih lagi wujud dan tidak boleh berdaftar kerana ianya diharamkan. rundingan damai diadakan bagi membolehkan kerajaan memajukan negara tanpa perlu memikirkan aspek ancaman daripada pkm. ahli pkm masih lagi wujud dalam masyarakat malaysia dan bebas tetapi tidak boleh menyebarkan fahaman tersebut. sekarang ni mungkin wujud kerana kelembutan pemerintah dan sikap para pemimpin politik.