JUST FOLLOW THE RULE AND DONT BREAK THE LAW
Setakat ini tiada petanda mengatakan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil, BERSIH akan dibatalkan biarpun tidak mendapat permit Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM. Maksudnya, dijangka ribuan penyokong perhimpunan bakal berada di lokasi dirancang pada 9 Julai ini, 5 hari lagi dari sekarang.
Setakat ini tiada petanda mengatakan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil, BERSIH akan dibatalkan biarpun tidak mendapat permit Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM. Maksudnya, dijangka ribuan penyokong perhimpunan bakal berada di lokasi dirancang pada 9 Julai ini, 5 hari lagi dari sekarang.
Saya berada di lokasi sewaktu perhimpunan membantah ISA berlangsung pada 1 Ogos 2009. Penyokong demonstrasi berhimpun di pelbagai lokasi selepas selesai solat Jumaat dan berulang kali diarahkan bersurai oleh pihak polis. Malangnya, arahan itu dipandang remeh. Pasukan Polis Simpanan Persekutuan, FRU kemudian terpaksa menggunakan kaedah semburan air untuk memastikan mereka bersurai.
Melalui pengamatan, sebelum ini kebanyakkan pihak dibenar untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada pelbagai pihak. Lazimnya, mereka terbabit menyerahkan memorandum hadir dalam kumpulan kecil. Logik akal, sekeping kertas memorandum mampu dibawa dan diserahkan seorang individu namun ketegangan berlaku apabila polis cuba menghadkan bilangan mereka terbabit. Dalam proses itu, pertengkaran dan aksi tolak-menolak berlaku. Jika berlaku pergelutan, mungkin sebilangan penyokong mengalami cedera ringan. Pegawai dan anggota polis bertugas juga tidak terkecuali, berkebarangkalian mengalami nasib sama.
Penganjur dan penyokong BERSIH berhujah, mereka merancang perhimpunan aman seperti hak diperuntukkan di dalam perlembagaan negara. Pada masa sama, pihak polis bertegas tidak mengeluarkan permit untuk perhimpunan dirancang dilangsungkan.
Andai kata, perhimpunan diteruskan Sabtu ini, siapakah mampu menjamin ribuan penyokong tidak bertindak di luar batasan sewaktu perhimpunan haram itu berlangsung?
Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan? Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali? Pengerusi Silat Lincah, Pesaka dan Seni Bela Malaysia, Datuk Omar Din Mauju? Pengerusi Bersama Patriot, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim?
Tidak mungkin kerana sebilangan daripada ribuan penyokong pasti akan bertindak mengikut hati dan terlupa pesanan orang tua 'ikut hati mati'.
Sila baca dan tonton klip video berhubung kesan perhimpunan tidak terkawal di sini sekaligus mencatatkan satu tragedi dan sejarah hitam negara kita pada tahun 1969.
Sila baca dan tonton klip video berhubung kesan perhimpunan tidak terkawal di sini sekaligus mencatatkan satu tragedi dan sejarah hitam negara kita pada tahun 1969.
Saya percaya pasukan keselamatan seperti FRU, Cawangan Khas dan polis tugas am akan berada di lokasi untuk melaksanakan tanggung jawab mereka seperti diarahkan pihak atasan. Tugas utama mereka, menyuraikan perhimpunan dan jika perlu, menahan mereka terbabit. Sebilangan penyokong, jika bertindak kasar akan digari sebelum dimasukkan ke dalam lori.
Peringatan saya kepada semua pegawai dan anggota polis terbabit melaksanakan tugas pada 9 Julai ini, berhati-hati kerana setiap tindakan mereka diperhatikan malah pasti akan dirakam menggunakan kamera telefon bimbit atau kamera video penyokong perhimpunan. Tindakan serupa itu telah acap kali dilakukan sebelum ini.
Jika dalam proses penahanan, penyokong BERSIH kelihatan dikasari, pastinya rakaman video itu akan dimuat naik ke You Tube untuk dijadikan bahan tontonan masyarakat tempatan dan dunia.
Antara tajuk dipilih 'Police brutality' atau keganasan polis di Malaysia.
Pada masa sama, saya juga yakin, pihak polis bakal bertindak bijak. Kakitangan Unit audio visual mereka juga akan berada di lokasi, bertujuan merakamkan kejadian sebenar serta bukti sahih jika penyokong perhimpunan bertindak ganas terhadap pihak berkuasa.
Begitulah antara kepentingan rakaman audio visual dalam kejadian seumpama itu.
Apapun, saya masih berharap perhimpunan terbabit dibatalkan demi menjaga imej dan memelihara kesejahteraan dan keselamatan rakyat negara ini.
Tiada guna jika kita kelihatan gah di mata dunia kerana kononnya memperjuangkan hak kumpulan tertentu sedangkan ibu negara sendiri kucar-kacir.
Jika saya pelancong asing, Kuala Lumpur tidak akan tercatat di dalam senarai destinasi ingin saya kunjungi Sabtu akan datang.
3 ulasan:
Bagus sekali peringatan penulis kepada anggota polis kita.
ingin menambah...dari info. terkini
jika mungkin pihak polis belum terima; Pihak PAS/PKR telah kerah semua ahli qariah dan AJK mesjid dibawah naungannya untuk turun menyertai BERSIH sekiranya tidak dibatal. Mereka juga akan membawa bersama ibu2 tunggal dan mungkin kanak2 untuk dijadikan perisai, DAN anggota gerak gempur mereka akan bergerak dilapis ketiga dgn bersedia dgn bahan pertahanan jika diprovoke polis dsb.. seperti serbuk cili/lada atau acid. Waspada!!!
sangat setuju, memang sepatutnya pihak berkuasa membuat rakaman penuh tanpa tapisan bagi menunjukkan siapa sebenarnya yang memulakan provokasi... mana ada tunjuk perasaan yang aman? lebih2 lagi pembangkang Malaysia yang anjur, jangan haraplah... KATAKAN TIDAK KEPADA PERHIMPUNAN BERSIH TIDAK BERMAKNA TUNTUTAN MEREKA DIPERLEKEHKAN... Gunakan saluran yang betul, jangan biarkan kuasa luar mempengaruhi anda...
Pesanan saya kepada pihak keselamatan supaya bertindak dengan secara berhemah dan jangan jadikan cara tindakan kita itu menyebabkan pihak pembangkang menjadikan isu yang akan dimainkan menjelang pilihan raya ke 13 ini nanti.
Sekarang ini mereka ketandusan isu tidak seperti pilihan raya yang lalu terlalu banyak isu yang dikitar semula, contohnya isu video linggm, isu pewaja, isu CSL, isu LLS, isu PKFZ dan sebagainya yang mana isu isu ini adalah semasa perdana menteri Tun dahulu yang dimainkan semula. Akhirnya Pak Lah yang menerima padah.
Siapa yang mengangkat Anuar Ibrahim kedalam UMNO?
Semasa pemerintahan siapa Lim Liong Sik, Chua Sooi Lek, kes pewaja,video Limggan, Korek2222.
Kekalahan banyak kerusi dalam PRU 12 tidak bolehlah kita salahkan 100% di atas bahu Pak Lah.
yang perlu ditangkap, tangkap sumbat mereka ke dalam ISA.
Maka saya sokong ISA
Tindakan perlulah berhemah, supaya tidak menjadi isu yang boleh menyebabkan kerajaan kehilangan banyak kerusi seperti PRU 12 dahulu
WARGA SEBELUM MERDEKA
Catat Ulasan