Khamis, Februari 16, 2012

ANWAR DISUNTUT ISRAEL



Apakah ini satu kebetulan? Mana mungkin satu kebetulan apabila seorang wartawan di sebuah akhbar paling berpengaruh di Israel, The Jerusalem Post memuji Anwar Ibrahim di atas sifat keterbukaan Anwar Ibrahim mengiktiraf kewujudan negara Israel. Tanpa berselindung, wartawan berkenaan mengharapkan agar Anwar Ibrahim akan membuka pintu rundingan diplomatik dengan Israel.

Inikah yang majoriti Rakyat Malaysia mahukan. Seorang pemimpin yang mengiktiraf kewujudan negara Israel? Bayangkan apa yang Anwar Ibrahim mampu lakukan sekiranya beliau berkuasa kelak. Sekiranya kita tidak mahu pengorbanan nyawa, darah dan air mata Rakyat Palestine terbuang begitu saja, marilah sama-sama kita jalankan tanggungjawab kita di dalam PRU13. Anwar Ibrahim harus dihalang dari menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Tiada ulasan: