Jumaat, Mac 15, 2013

BA ALIF BA YA TIAN CHUA ADALAH PENGHASUT TEGAR !


ni jawapannya.Tian Chua mempunyai pengalaman dalam misi seperti ini kerana beliau bernah bekerja di bawah Ramos Horta di Timor Timur yang mempunyai hubungan rapat dengan Amerika dan Australia.Pada 9 November 1996,Tian Chua menggunakan platform SUARAM untuk menganjurkan Asia Pacific Conference on East Timur II (APCET II) di Kuala Lumpur,sebagai lanjutan dari APCET I yang diadakan di Manila pada Mei 1994.Program ini adalah bertujuan untuk membincangkan pemisahan Wilayah Timor Timur dari negara Indonesia.Cadangan pemisahan ini membawa kepada keganasan dan pertumpahan darah apabila pemimpin etnik Timor Timur,Gusmao melancarkan serangan bersenjata. Pertempuran antara pemberontak Gusmao dengan ABRI dan kerajaan Indonesia berlangsung untuk beberapa lama.Sejarah kemudiannya merekodkan Ramos Horta berjaya memisahkan Timor Leste dari Indonesia pada tahun 2002 dan menjadi Presiden di negara Kristian tersebut. Jelaslah bahawa Tian Chua telah mempunyai rekod ‘cemerlang’ dalam membantu memisahkan sebuah wilayah dari negara asalnya dan Tian Chua nampaknya sedang berusaha untuk melakukan yang sama dengan Saba



Tiada ulasan: