BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR.
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN.
SAYA BUDAK BARU BELAJAR.
KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN !
NAIK KUDA, KUDA KAYU
DISURUH BERJALAN MEMANG TAK BOLEH.
KALAU ANDA ORANG MELAYU.
JANGAN BIAR ORANG PERLEKEH.
MAKAN UBI CECAH BUDU
BUDU DATANG DARI MELAKA.
JANGAN LUPA SEJARAH DULU.
SEBAB DULULAH KITA MERDEKA.
TANAM PISANG TUMBUH KETUM,
DAUN KETUM DIBUAT MINUMAN.
MELAYU SEMUA SATU RUMPUN.
CUMA AKAL BELUM SEFAHAMAN.
MAKAN NASI PINGGAN PECAH.
PECAH PINGGAN KERANA JATUH.
MENGAPA MELAYU SUKA BERPECAH.
SEBAB MEREKA MASIH DIJAJAH !
bersambung....................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan