Rabu, Disember 08, 2010

LATEST INFO !! MB KELANTAN SAKIT TENAT

Ini satu berita gempar yang diterima oleh wartawan Malaysia Instinct tengah malam tadi...
Dimaklumkan seorang rakan dari Kelantan bahawa Nik Aziz sakit tenat sebentar tadi dan terpaksa dibawa ke hospital.
Punca dikatakan kerana sesak nafas.Nik Aziz dikatakan dibawa menggunakan ambulan malam tadi.
Setakat ini tidak banyak maklumat yang diperoleh namun keadaan beliau dikatakan tenat dan beliau ditempat di wad rawatan rapi Hospital.
(Nik Aziz di Hospital)

Sakit beliau ini dikatakan ada berhubung kait dengan sakit dialami ketika mengerjakan haji tahun ini. Beliau dikatakan gagal menyempurnakan ibadah berkenaan dan terpaksa membayar Dam (denda).
Nampaknya sakit mengikut beliau sehingga ke negara ini...
Walaupun mungkin berlainan haluan politik, mari bersamalah kita mendoakan kesejahteraan beliau.
SEBAGAI UMAT ISLAM,MARILAH KITA SAMA2 MENDOAKAN BELIAU CEPAT SEMBUH DAN DAPAT MENJALANKAN TUGAS SEPERTI BIASA !

Info Ringkas Tok Guru.
Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Sumber: Malaysia Instinct


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Doakan agar beliau cepat sembuh dan boleh menjalankan tugas sebagai MB seperti biasa....
aminnnn

alehkayong™ berkata...

salam ,amin. blog sdra telah kami linkkan .terima kasih.