Rabu, Disember 01, 2010

SAYA TAK TAHU HARAM KE TIDAK ...... USTAZ PAS YANG BAGI !

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Hutan Melintang, Perak, S. Kesavan mendakwa, dia menerima rujukan tafsiran al-Quran daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini daripada seorang rakan bergelar ustaz dalam parti PAS
Wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memberitahu, dia tidak menokok tambah tafsiran yang diberikan oleh Ustaz PAS itu melainkan mengikut sahaja apa yang disampaikan oleh rakannya (Ustaz PAS) itu.
"Sama ada saya buat salah atau tidak, Ustaz PAS itu akan menjelaskannya kelak,'' katanya ketika dihubungi malam tadi.


Kesavan memetik tafsiran surah Ali-Imran itu ketika berbahas dalam Kongres Tahunan PKR di Petaling Jaya baru-baru ini.
Terjemahan Kesavan berbunyi: "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun''.



Sebaliknya tafsiran sebenar ayat itu berbunyi seperti berikut:
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka".

Mungkin Ustaz itu kata "lantaklah bukannya orang tahu, kau kelentong jer asalkan orang Melayu tertarik
dengan kau"


PAS.... PAS... PAS.... APA NAK JADI !

sumber

5 ulasan:

Mordecai Kucai berkata...

BAGAI KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN LURUS

Itu lurus atau kebenaran yang ustaz itu tahu. Itu lah taraf keislaman PAS. Setakat rujuk surah Al-Quran saja budak sekolah rendah pun takkan buat salah. Tak perlu sampai ke Universiti Azhar.

Otak begini samada terencat akal atau binatang yang baru mengenal alam manusia.

Mat Jenin berkata...

Mungkin ustaz ni berguru ulama wali selipar kot, sebab tu yang keluar ayat suci quran versi PAS (Parti Ajaran Songsang). Yang baca tu plak orang jahilliah, lagi la pening.

Tanpa Nama berkata...

Insaflah wahai ustaz2 pas.Dunia ini hanyalah sementara.Akhirat jua yang kekal selama lamanya

hanizam berkata...

sebab tu ayat Qurran dijadikan modal dalam Ceramah Kencing orang ramai sambil menderma kononnya atas jalan ALLAH...walhal duit tu pun tak tahu kemana...tak diaudit berapa yang dikutip...

lantak koranglah, kalau korang seleweng duit tu, neraka yang tunggu...tak taulah kalau ada jaminan syurga bagi mereka ni...

Tanpa Nama berkata...

Hanizam..
Betul kata anda.Ada ceramah adalah tabung begerak.Lepas tu entah kemana...