Ahad, Januari 23, 2011

10 DALIL MENGAPA KITA MESTI TOLAK PAS


  1. Pas bukan sebuah parti yang kuat dalam pakatan pembangkang. Kelemahan PAS bertambah apabila tertubuhnya PKR yang tidak dapat menerima perjuangan 'ala PAS'.

 2. Pas bukan 'tulang belakang' dalam pakatan pembangkang. Seperti dialami oleh Dato Dr Hasan Ali, Pas umpama 'melukut di tepi gantang..

3. Pas hanya parti 'pak turut' dan 'kuda tunggangan' yang tunduk kepada desakan DAP dan PKR. Sampai bila Pas mahu menjadi 'parti lampin pakai buang' atau bila diperlukan sahaja.

4. Pas tidak mampu bergerak sendiri danbergantung kepada 'talian hayat' PKR dan DAP. Sebab itu Pas bergerak bersama-sama atas arahan dan kepimpinan PKR dan DAP dalam apa-apa program pakatan pembangkang.

5. Peranan Pas sering digelapkan mata (alpa)dan sedang 'beseronok digula-gulakan' oleh DAP dan PKR.

6. PAS gagal menonjolkan dirinya sebagai sebuah parti yang mendukung prinsip Islam. PAS lebih gemar merujuk dan meminta perlindungan daripada DAP sekiranya menghadapi masalah.

7. Karpal (DAP) walaupun pernah berkata akan pertimbangkan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam namun kenyataan ini meragukan kerana beliau pernah berkata langkah mayatnya terlebih dahulu jika mahu menubuhkan Negara Islam. PAS ditipu hidup-hidup oleh Karpal (DAP) untuk mereka saja yang akan capai cita-cita parti.

8. PAS gagal menjadi sebuah parti yang melindungi orang Melayu. PAS hanya banyak memperjuangkan parti dari nasib orang Melayu. Kadang-kadang PAS bersuara setelah tersepit dengan isu yang mencengkam partinya tetapi PAS masih gagal memenangi hati orang Melayu.

9. Islam di kalangan pemimpin PAS hanya'comel' luaran sahaja tetapi dari segi akhlak dan peribadi langsung tidak mencerminkan sedemikian. Pemimpin PAS dikenali dengan kuat emosi, tidak berhemah dan suka maki hamun. Lebih teruk lagi PAS suka mengutuk dan menghina rakan seagama yang tidak sefahaman dengannya.

10. PAS ibarat 'melacur kedaulatan Islam' dan musuh Negara Islam kerana sedaya upaya merompak kuasa politik Islam di Malaysia. Malahan PAS menjalin 'kerjasama haram'dengan DAP dan PKR yang terang2 menolak penubuhan Negara Islam Malaysia..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS hanya disokong oleh puak2 yang
kecewa dan putus asa sidalam kehidupan.
Malahan PAS sengaja diperkudakan oleh DAP dan PKR kerana tamakan kuasa.