Isnin, Januari 31, 2011

DITENANG - MEREKA MENGHAIBKAN DIRI !

ENTAH dimana silapnya Pemuda UMNO sekarang ini.Langsung tidak bertaring dan berkuku.Senyap dan sunyi seperti orang pekak dan bisu.Nak dikatakan OKU,ketuanya nampak machoo dan berlagak sebagai saorang model lelaki terkenal.Namun hakikatnya tiada satu pun program yang dilakukan diTenang yang boleh dibanggakan.Hanya satu program bersama orang asal yang boleh diberi markah.Selainnya hanya mencari publisiti bagi bekalan PRU13.

Begitu juga dengan kelab putera 1malaysia.Ketua dia orang ni suka menolong orang luar daripada menolong orang malaysia sendiri.Walau pun kerja kebajikan untuk orang luar itu baik,namun pastikan kebajikan rakyat sendiri diutamakan.

Kelibat anggota kelab putra 1malaysia pula langsung tidak kelihatan diTenang.Apakah mereka tidak malu dengan Wanita/Puteri Umno yang begitu komited menjalankan kempen bagi memenangkan calun BN diTenang.Sehunggakan penampilan mereka menerbitkan gelombang merah diTenang.

Apa yang Pemuda dan Kelab Putera 1Malaysia berikan untuk menjamin kemenangan
calun BN diTenang ? habuk pun tarakkkkk.Porahhhh Teloq letak kat dai laaaa.

Ketua Kelab Putera 1Malaysia dikatakan terbang keAustrlia bagi membantu pelajar Malaysia yang terlibat dengan banjir.Namun mengapakah tarikh pemergian keAustrlia tidak menunggu sehingga selesainya PRK diTenang.Atau mereka sengaja memilih tarikh tersebut untuk mengelakkan diri daripada  terlibat dengan program berkempen diTenang.Hampasss betui depa semua ni !

Ingatlah , Rakyat semua memerhatikan apa yang kamu lakukan.Jangan sampai kamu semua dibuang kedalam insinerator oleh rakyat yang meluat melihat perlakuan kamu yang entah apa apa.
Tunjukkanlah KEJANTANAN KAMU DIPRK Merlimau dan PRU 13.
Jangan sia siakan sifat KEJANTANAN kamu tu.
Kalau tak... pakailah selendang dan telekung merah ! itu mungkin lebih baik buat kamu !

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Datuk AZEEZ suka makan angin keArab,Australia,Cina dan INDIA.
Pengikutnya tepuk tangan bergumbira !

Cute Oven berkata...

Benci pada ketua yg hanya nak melawa aje... keje suh org pompuan yg buat..mana adil cam gitu.... baik bagi org pompuan aje jadi ketua...

Lintau Perak berkata...

Pemuda memang dah punah..cuma tunggu rebah dan hilang dari riwayat sejarah UMNO.

tapi kita yakin pemimpin2 pemuda yg ikhlas masih ramai. Cuma tunggu masa untuk perbetulkan UMNO.

http://lintau-perak.blogspot.com