Sabtu, Januari 22, 2011

ELAUN NIK AZIZ ... HARAM !

5000 Penduduk di lima buah kampung di Kota Bharu, hari ini mengadakan perhimpunan secara aman mendesak ADUN Cempaka yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelesaikan masalah kerosakan jalan di kawasan itu.
Demonstrasi secara aman yang disertai 50 orang wakil penduduk kampung itu berlangsung kira-kira
20 minit di Kampung Pantai Sabak iaitu kawasan yang terletak dalam DUN berkenaan.
Dakwa penduduk, mereka kini tiada daya kerana masalah kerosakan jalan telah berlanjutan hampir tujuh tahun dengan pelbagai aduan telah dipanjangkan kepada pihak terbabit namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian.
"Setiap kali aduan dibuat kepada kerajaan negeri, mereka akan datang dan tabur pelbagai janji kemudian terus senyap... apa lagi yang boleh kami buat kerana kami hanya penduduk kampung yang mengharapkan kebajikan kami dibela,” kata Syukri Mokhtar, 50, seorang penduduk Kampung Pantai Sabak.

INILAH PAS.
Terlalu taksub dengan berpolitik sehinggakan lupa tanggung jawab terhadap kebajikan penggundinya.Adakah ini sikap saorang yb yang dipilih oleh rakyat...
Sebelum menang ,berbagai janji ditaburkan,Selepas menang semua janji2 dimungkiri.
Jangan hanya meletakkan kesalahan anda kepada bahu orang lain.

Tidakkah dia tahu bahawa salah satu sifat orang munafik adalah memungkiri janji.
Tidakkah dia tahu bahawa amanah yang telah diamanahkan itu adalah dibayar oleh rakyat.
Jika amanah itu tidak dilaksanakan,bermakna imbuhan yang diterima juga HARAM.
Ingatlah YB PAS.Anda juga akan mati.Anda tidak boleh selamanya berbohong kepada rakyat.
BERUBAHLAH SEBELUM ANDA MATI.

5 ulasan:

Bentaraguru berkata...

Petang ini aku melawat ketik Kg. Balai, Adun Perupok, Bachok, Kelantan. Aku tak sangka Tok Kong yang dibina sangat besar dan tinggi. Ikut orang kampung, Tok Kong ini dibina dalam masa pemerintahan yang digelar Tok Guru Nik Aziz. Ulamak Besar Pas. Sebelum Nik Aziz rentah hanya ada dua tempat di Kg. Balai ini dan kini bertambah satu lagi dikampung Mengabang, dekat Balai. Ini tak termasuk di Tumpat. Negara Islam yang dibina oleh Nik Aziz.
Entah berapa Nik Aziz bagi belanja?. Kononnya nak cari pengaruh politik.

Orang-orang Pas dan yang atas pagar cukuplah undi pasnya, PRU 13 ini kita tendang pas..pis..pus..keluar.

Tanpa Nama berkata...

DIA AKAN PUSING !
ITU KERJA KERAJAAN PERSEKUTUAN KERANA ROYALTI TAK DAPAT

Ular Menyusur Akar berkata...

Apalah orang orang kampung tu. Pok Nik kan dah tua. Malam nak pegi ceramah. Nanti lepas PRU 13 dia buatlah. Budget untuk buat jalan dah habis. Ni baru nak tambah lesen arak yang baru. Untuk buat jalan dan menjaga keselamatan orang yang minum arak.

Bawak aje besabar sampai PRU13 nanti.

agbr47: He..he.. ada mudal untuk lanyak pru13.

blogenstarz berkata...

UMA
Betul juga ya.
Bila Lesen arak dan lesen nombor ekor bertambah,banyaklah income kerajaan.
Barulah boleh mula projek......

Kah Kah Kah....

Bingai @ Bangang berkata...

Terimakasih kerana mengikuti blog http://tendangterajang.blogspot.com
Blog anda telah disenaraikan di bloglist "Follower" di sana dan diharap anda juga dapat memautkannya di blog anda.