Sabtu, Januari 29, 2011

MAAROF DERITA KERANA PERANGAI NORMALA

Maarof akan dikenakan tindakan

LABIS 28 Jan. - Tindakan suami calon Pas, Normala Sudirman yang didakwa
menyalahgunakan sijil cuti sakit selama 21 hari bagi membantu isterinya
berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)
Tenang bakal mengundang padah.

Ini kerana Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan tatatertib
ke atas Maarof Abd. Mutalib kerana berbohong semasa memberi perakuan
bagi mendapatkan cuti sakit tersebut, dengan menyatakan beliau sakit
sedangkan keluar membantu isterinya berkempen sejak minggu lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, terdapat
peruntukan yang membenarkan Jabatan Pelajaran Negeri mengambil
tindakan tatatertib kerana jelas Maarof menyalahgunakan cuti sakit
tersebut, sekali gus bertentangan dengan moral sebagai seorang guru.

"Tindakan ini bukan kerana dia menyokong calon Pas. Itu hak dia dan sebagai suami,
sepatutnya dia menyokong isteri sendiri tetapi janganlah sampai menyalahgunakan
hak bercuti itu dengan mendakwa sakit tetapi sebenarnya tidak sakit.

"Maknanya, dalam kes Maarof ini, sudah ada petanda penyalahgunaan cuti sakit.
Dia cuti, dia gunakan untuk tujuan lain. Biasanya orang dapat cuti sampai 21
hari ini sudah terlantar tapi dia tegak berdiri meredah kawasan Tenang," katanya.

Tindakan itu menjadi kontroversi kerana Maarof dilihat sentiasa mengiringi Normala
ke mana-mana sahaja untuk berkempen bagi meraih undi bermula hari penamaan
calon pada 22 Januari lalu hingga semalam.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengarahkan
Jabatan Pelajaran Negeri supaya menyiasat apakah asas cuti sakit itu
dikeluarkan walaupun Maarof layak untuk mendapat kemudahan cuti sakit
seperti yang termaktub dalam peraturan-peraturan perkhidmatan awam.

"Siasat apakah benar dia sakit atau sekadar menjadikan 'sakit' itu sebagai alasan.
Jabatan Pelajaran Negeri kena dapatkan laporan daripada pengetua berhubung
perkara ini kerana sebagai guru dia sepatutnya amanah, bukannya memberi perakuan bohong," katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Muhyiddin mahu pengundi di DUN Tenang
menilai sendiri sikap Maarof sebagai penyokong Pas, sama ada wajar
dihormati atau tidak, sedangkan golongan tersebut sentiasa bercakap soal agama.
Menurutnya, Pas dan penyokongnya yang sentiasa mendakwa diri mereka
kononnya mengamalkan Islam yang tulen, tetapi tidak pula
memperlihatkan hakikat sebagai Muslim yang jujur kerana sering kali
menipu dan berbohong dalam banyak isu sejak sekian lama.

ha ha...
BARU DIA TAHU.
INGAT SEMUA ORANG BUTA KE !

Bini dan PAS tak akan tolong bilamana kau tersungkur.
Lainlah kalau kau sanggup jadi kuda baghal PAS.

Nasihatkan saja bini kau tarik diri dari PRK Tenang Tu.
Senang cerita !

sumber

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Maarof2.....
Dapat bini pun kau tidur sorang2.
Dah lah musim hujan.... sejuk tau !
Bini kau hangat je dikelilingi oleh jantan2 PAS yang selalu makan ubat kau.
Tak jealous ke !

Tanpa Nama berkata...

AKU SAMBUNG BRO.....SILAP2 BINI HANG ULANG SEJARAH LAMA..MELOPONG MANGKOK NI

Tanpa Nama berkata...

Aku sambung lagi sini....hehehehe

Ulang sejarah tu 99% harus...kalau Cikgu Mala menang.....hehehehe

Yang sayunya nanti....mintak cerai thru phone...kihkihkihkih.....

Tapi kalu kalah...huhuhuhuhu
mana nak letak muka bro.....

Cuti sakit...tapi tolong kempen....
Lepas ni harus...mintak Cuti terus.......hahahahahaha