Rabu, Januari 19, 2011

MASIHKAH KAU INGAT ULAR INI 6

E Heng Chuan dipatuk dan dibelit sebelum ditelan sawa seberat 140 kilogram

KIRA-KIRA jam 8 malam pada 4 September 1995, seorang pemuda, E Heng Chuan, 29, berjalan menuju ke bangsal berhampiran rumahnya di pekan Tenang Stesen, dekat Segamat, Johor untuk menutup suis generator air kolam. Itulah perjalanan terakhir Heng Chuan, sebelum beliau menemui ajal dengan cara yang cukup tragis, iaitu ditelan ular sawa seberat 140 kilogram. Cukup mengerikan dan kejadian itu menggemparkan seluruh negara bahkan dianggap peristiwa hitam paling mencemaskan sepanjang 1995.
Berdasarkan laporan, ketika ditemui kira-kira jam 10.30 malam, mangsa sudah mati dengan kepala hingga sebahagian badannya ditelan ular sawa berkenaan. Dipercayai ular itu hanya berjaya menelan kepala dan sebahagian badan Heng Chuan kerana tersangkut pada bahu pemuda berkenaan.
Ular sawa itu dipercayai berada berhampiran bangsal berkenaan sebelum menyerang Heng Chuan dengan mematuk dan membelit badannya sebelum bertindak menelannya. Berdasarkan keadaan semak yang bertukar menjadi kawasan lapang, kemungkinan berlaku pergelutan agak lama sebelum mangsa mati.
Hakikat itu memang logik kerana kejadian berkenaan hanya disedari abang mangsa, E Seng Guan, 32, yang keluar mencarinya adiknya apabila tidak pulang ke rumah, kira-kira 30 minit selepas keluar untuk menutup suis generator terbabit. Seng Guan mencari adiknya di kawasan itu pada jam 8.30 malam tetapi gagal menemuinya.
Ketika sampai ke situ pada kali kedua, Seng Guan menemui seekor ular sawa sedang membelit dan cuba menelan adiknya dari bahagian kepala tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu terkejut. Dia kemudian bergegas pulang ke rumah untuk memberitahu ibunya, Lim See Mek, 51.
Mereka kemudian melaporkan kejadian itu ke pondok polis pekan Tenang Stesen untuk meminta bantuan.
Polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 11 malam, tetapi pada masa itu tidak mempunyai sebarang gambaran mengenai kemungkinan yang bakal dihadapi. Polis pada mulanya beranggapan ia hanya kejadian ular sawa membelit mangsa dan tidak begitu yakin sebahagian badannya ditelan walaupun sudah dimaklumkan abang mangsa.
Dalam kegelapan malam itu, pasukan lima anggota polis bersama Seng Guan dan seorang penduduk kampung pergi ke tempat kejadian. Mereka menggunakan lampu picit dan bersenjatakan M16.Mereka tetrkejut dengan kejadian yang berlaku itu.


ULAR sawa yang menelan E Heng Chuan berdekatan rumahnya di Pekan Tenang, Segamat pada 1995.

DULU  TELAN DITENANG....
SEKARANG TENTANG DITENANG.

DULU MEMANG ULAR SAWA
SEKARANG PERANGAI ULAR SAWA.

DULU  BELIT DAN TELAN.
SEKARANG MEMBELIT BERBULAN2.

DULU BANYAK LINTAH
SEKARANG  BANYAK FITNAH...

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dulu memang ular betul.
Sekarang ni banyak ular yang pandai berkata2 !

pacat berkata...

"ular" sekarang lebih banyak cabang lidahnya... bahaya2!! nak lagi ular berkepiah putih!!

blogenstarz berkata...

Pacat...
kah kah kah
Ular berkopiah putih tu spesis apa hahhh ?

Pemuda TG berkata...

blogenstarz...yg spesis k putih tu, spesis albino kot.....

blogenstarz berkata...

Pemuda TG

Kah kah kah...

Spesis hasil kacukan tabung uji DAP dan pkr !