Pengarah Urusan Perodua Aminar Rashid Salleh ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan tentang pelancaran model itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang spesifikasi serta maklumat terperinci. ”Memang benar Perodua akan melancarkan varian MyVi 1.5 tetapi ia akan dilakukan pada tahun 2011, kemungkinan bulan April dan untuk model SE pula ia akan menampilkan wajah baru yang akan mencipta kejutan kepada para peminat kenderaan di Malaysia pada bulan Jun nanti,” kata beliau.
(Model Toyota Passo terbaru dijepun)
Aminar yang tidak mahu mengulas lanjut tentang model itu, percaya MyVi terbaru itu akan menjadi taruhan Perodua untuk kekal sebagai pengeluar kereta nombor satu di Malaysia selama empat tahun berturut-turut. Dalam pada itu, Aminar Rashid juga berkata, Perodua tidak bercadang untuk memperkenalkan model kereta hibrid ke pasaran tempatan. Ini kerana katanya, pelaburan untuk model seumpama itu amat tinggi, lagipun model-model Perodua ketika ini telah terbukti mampu menawarkan penjimatan penggunaan bahan api.
(Toyota Passo 1.5l diJepun 2011)
Untuk keselesaan berkeluarga.
Harga belum diumumkan ! Tempahan belum dibuka !
1 ulasan:
Toyota passo 1.5l tu nampak classic !
Catat Ulasan