Khamis, Januari 06, 2011

SOLAT HAJAT UNTUK KESELESAAN DAP @ PR

ISU perlantikan KSU terus dipersoalkan dan tidak diiktiraf.Mereka Hadir pada majlis angkat sumpah,tapi tak ikhlas.Sehingga berniat mengadakan sembahyang hajat dab doa qunut nazilah.
Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali merayu kepada semua ahli PAS supaya mengadakan solat hajat serta doa qunut nazilah untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor yang sedang diserang dari kiri,kanan,atas dan bawah...
"Kami dah cuba mempertahankan kerajaan ini selama ini.Tapi dah tak larat.Hanya menanti rebah saja...."
Halimah juga memaklumkan, Menteri Besar dan semua exco kerajaan negeri terpaksa menyertai majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru yang disekalikan dengan majlis penganugerahan darjah kebesaran di istana negeri hari ini.
"Kami perlukan bantuan anda semua. Maaf kami tak larat untuk melakukan semua perkara," tulis Dr Halimah yang juga ADUN Selat Klang dalam mesejnya.
"Umno mahu menggunakan taktik sembah derhaka untuk ambil alih kerajaan Selangor seperti modus operandi Perak kalau kami tidak pergi," kata Halimah yang merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataan medianya sebelum ini memaklumkan, kehadiran mereka ke istana hari tidak bermakna mengiktiraf perlantikan Khusrin.
"Kami ingin menegaskan kehadiran kami ini tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA terhadap pentadbiran ini. Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," kata Khalid dalam kenyataannya.
(Kak limah.Nak buat sembahyang hajat)

Yaaaa !! buat sembahyang hajat dan qunut nazilah untuk kemenangan KAFIR HARBI DAP.
Tak hendak pula buat benda yang sama untuk mengelak kecelakaan anggota keselamatan yang menjaga keselamatan negara !

HABISLAHHHH....
UGAMA DIPERKOTAK KATIKKAN
 

8 ulasan:

dzimba MMIM berkata...

politik putar alam telah berleluasa

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Ya Allah... umurku telah mejangkau 60 tahun. Asam garam dalam politik telah ku lalui, baru kini aku bertemu dengan orang Islam yang mendoakan melalui solat hajat supaya Allah memberi pertulongan menegakan kerajaan kafir harbi dengan melaknatkan kerajaan umat Islam yang memerintah.

Ya Allah.. sebelum Engkau mengambil nyawaku yang makin hari makin hampir denganmu, kau berilah hidayah kepadaku supaya mentaatimu dan juga kepada mereka2 yang telah dipesongkan kebenaran untuk berfikir demi kuasa yang mereka hajati...dan telah Engkau nyatakan dalam kitabmu bahawa hanya tiga perkara yang dilakukan diatas dunia ini dapat memeliharai dan membantu orang2 beriman daripada api neraka:-

(1)Amalan sesaorang yang beriman (2) Doa daripada anak2 yang soleh,dan (3)Sedekah jariah yang dilakukan semasa didunia.

Ya Allah.. kau tunjukanlah kebenaran melalui solat hajat yang bakal diadakan ini ya Allah. Dan Engkau berilah kemanangan kepada yang berhak...Amin Ya Rabbul Alamin..

blogenstarz berkata...

anon. 7:34:00

Orang melayu juga yang membenarkan pekara ini berlaku.Kalau tidak dibendung,maka jumud lah melayu islam diMalaysia

shah berkata...

lol .. baru je solat hajat Pakatan dimakbulkan, nak buat lagi? silalah

tapi boleh ke terima lagi hasil sembahyang hajat tu ?

Tanpa Nama berkata...

ada dapat sms tu tadi, dari beruk mana tah...aku balas...'tak nak'...pergi mati la pr

Jeffry berkata...

DOA PECAH PEROT TAK CUKUP PAWER LAGI KOT. TU YG RAMAI AHLI PAS KELUAR PARTI. AKAN ADE LG YG NK KELUAR SB DH MENYAMPAH DGN SANDIWARA LEBAI2 TOTOK PAS BROO KEHKEHKEH YEHAAAAAAAA

Sahabat-Gunung berkata...

Assalammualaikum sahabat....

teruskan perjuangan.... Blog saudara telah dilinkkan ke blog saya.... www.sahabat-gunung.com

blogenstarz berkata...

Sahabat gunung....
TQVM

GANAS LAGI !