Monday, February 14, 2011
Simpang Rengam.
Tanah itu masih sama. Udara itu masih sama. Kayu dindingnya juga sama. Yang berbeda hanya masa dan sekitarnya. 1254 A, Lorong Kelantan 2; rumah tempat dibesarkan hingga menjejak remaja.
Saat pertama tiba, ku cium bumi kem bn 5 itu kerana bersyukur dengan kurniaNya. Mentelah mengenang detik kecil sehingga dewasa dan bagaimana dibesarkan oleh kedua orangtua.
Benar kata orang, tak nampak batang hidung nampak bumbung pun jadilah buat pengubat rindu. Berjalan dan papan pintu rumah itu, kenangan sepanjang 14 tahun bermain di fikiran. Dan pengecasnya adalah sentuhan tanganku dengan daun pintu itu.
Peliknya, kalaupun abah sudah tiada, seolah mata dapat melihatnya. Tanpa menyangka insan kerdil sepertiku satu hari dapat mencipta sejarah, ku lewati juga tempat kerja abah. Terngiang ngiang suara abah di sebalik bau diesel dan tong drum didalamnya. Nampak abah di ruang mataku..jelas.
Dan nampak juga usaha emak yang mengayuh basikal menghantar ku ke sekolah agama kem. Cuma bila sahaja dia berpaling, aku lantas ponteng! Ahh, nostalgia!Dan kem ini tetap menjadi kompas hidupku. Dan aku juga sebahagian daripadanya.
Maaf abah kalau aku tidak cukup sayu kerana pada kali ini aku dapat merasa kebanggaanmu padaku.
kamal fnd.
sumber

4 ulasan:
sayu...
sireh pulang kegagang !
Walaupun sekejap namun mengesankan !
assalamualaikum,
Saya pun dibesarkan di 1256 C Lorong Kelantan 3. Sekarang dah banyak perubahan berlaku disana. Antara kenangan terindah:
1. Sekolah Agama berdekatan tasik....ponteng dan mandi tasik (dipanggil tasik walaupun hanya sungai kecil)
2. Naik lori pergi sekolah di Renggam (Jubli Intan & SDHHY)
3. Sembahyang Terawikh kat surau sebelah rumah Ustaz Naim.
4. Main kat dewan buruk sebelah padang
5. Hari Polis ada gerai...ada wayang percuma...
6. Kalau ada operasi kat sempadan...mewah dengan raisin (bekalan makanan polis hutan)
7. Pak Kassim yang jual petai & jering
8. dulu dikenali sebagai BN8
tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula tempat kita membesar, saya antara ribuan insan yg pernah / masih tinggal di Bn. 5 Simpang Renggam ini, sememangnya setiap kenangan itu akan menjadi yang terindah... semoga Bn5 sentiasa menjadi ingatan kepada kalian.
ezral eezwani malik
TQVM sir for your time to visiting my blog.
Catat Ulasan