Khamis, Februari 03, 2011

KOMINIS KEMBALI MENGGANAS - RISALAH RASIS DIPULAU PINANG

Walaupun kominis sudah meletakkan senjata dan telah berikrar akan taat setia kepada kerajaan Malaysia,namun saki baki komrad mereka masih ada diMalaysia.Mereka hanya meletakkan senjata,tetapi tidak kepada ideologi mereka.
Komrad2 ini dengan sengaja membuat isu perkauman untuk menimbulkan ketengangan kaum.
Isu perkauman sengaja diperbesarkan.
Isu ketuanan Melayu sengaja disensasikan.
Malah isu nenek moyang mereka juga diketengahkan.
Mereka masih lagi dengan ideologi kaomintang yang merasakan Malaysia adalah diterokai oleh bangsa komrad !
 
Baca seterusnya dibawah.
sumber: Utusan

Risalah My Balik Pulau dianggap berbahaya

PULAU PINANG 2 Feb. - Pengedaran risalah My Balik Pulau yang mengandungi fakta sejarah tidak tepat disifatkan sebagai berbahaya kerana boleh mengundang perbalahan kaum.
Presiden Alumni Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Pulau Pinang, Abdul Said Hussain berkata, perbuatan tersebut seperti cuba menaikkan sentimen masyarakat Cina bahawa nenek moyang mereka yang mula-mula meneroka Balik Pulau, bukannya orang Melayu.
Menurutnya, sejarah sendiri telah menyatakan bahawa orang Melayu merupakan peneroka di situ dan fakta tersebut seharusnya tidak diubah.
"Saya nampak ada usaha pihak tertentu cuba mencerminkan seolah-olah orang Cina sudah bertapak lama di Balik Pulau sebelum kedatangan orang Melayu.
"Sejarah tetap sejarah, ia tidak boleh diubah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang mengedar risalah yang mengandungi fakta sejarah tidak tepat dan diragui kesahihannya di sekitar Balik Pulau khususnya di sekolah-sekolah sejak sebulan lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad yang mendedahkan perkara berkenaan berkata, meskipun tidak diketahui niat sebenar risalah tersebut diedarkan, dipercayai ia merupakan cubaan pihak tertentu untuk mengaburi rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti orang Melayu itu.
Wakil rakyat tersebut kesal kerana kandungan risalah tersebut seolah-olah mahu menggambarkan bahawa Balik Pulau bukan dibuka oleh orang Melayu.
Selain itu, terdapat kandungan dan ilustrasi di dalamnya yang menghina orang Melayu.
Abdul Said memberitahu, ketika melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1997 dan 2002, beliau ada membuat kajian mengenai sejarah daerah barat daya di mana Balik Pulau terletak di dalamnya.
Jelas beliau, berdasarkan rekod pejabat pentadbiran British pada 1880, tamadun Melayu sudah lama wujud di situ sebelum ketibaan pendatang kaum lain.
Sebagai contoh, katanya, ketika itu sudah ada pemerintahan sistematik seperti penghulu dan masjid yang dijadikan pusat aktiviti masyarakat Melayu.


Jenis manusia yang tidak tahu berterima kaseh.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cina yg terokai mula2 pulau pinang..api menamakan pulau ni ngan nama Melayu, dan banyak kampung2 dinamakan ngan nama melayu.

Pandai tul peneroka2 cina masa tu berbahasa Melayu berbanding ngan cina hari ni..