Ahad, Februari 20, 2011

MELAYU ROBOH DAP TEGUH


Apabila Guan Eng bertindak merobohkan gerai-gerai Melayu, maka Guan Eng juga akan memastikan propagandis Melayu yang mengisbathkan diri mereka sebagai Pakatan Rakyat, akan menulis tentang keburukan orang Melayu. Dan taktik tersebut sangat berjaya kerana sehingga kini, apa-apa sahaja yang dilakukan oleh Lim Guan Eng pasti akan mendapat sokongan yang sangat kukuh. Pendek kata, kalau blogger UMNO melihat UMNO ada compang-campingnya dan menerjah UMNO, blogger Pakatan Rakyat sama seperti para pemimpin PAS apabila berhadapan dengan DAP... tunduk dan tidak akan berkata 'TIDAK' kepada Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng dan pentadbiran DAP Pulau Pinang dibantai teruk kerana dua isu iaitu isu risalah 'My Balik Pulau' dan isu perobohan gerai Melayu di Seberang Perai. Dalam kedua-dua isu tersebut, yang salah tetap orang Melayu juga.

Isu risalah 'My Balik Pulau', para propagandis DAP yang berwajah dan berkulit Melayu, tidak menyalahkan langsung penerbit mahupun penyelidik yang menghasilkan risalah berkenaan. Sebaliknya menyalahkan ADUN Pulau Betong dengan alasan yang paling mujarab iaitu ADUN berkenaan seorang yang RASIS. RASIS kerana mendedahkan tembelang Kerajaan DAP dengan menggunakan agensi dan NGO bagi melindungi niat sebenar DAP di kalangan orang Melayu.

Begitu juga dengan perobohan gerai-gerai Melayu di Taman Pelangi... mereka merujuk tempat itu dengan laporan daripada KOSMO yang menggelarkan tempat itu sebagai 'Mini Hatyaai'. Atau dengan kata lain, tempat tersebut menjadi sarang kepada pendatang asing. Gerai-gerai yang dirobohkan pula adalah gerai-gerai pendatang asing.

Sama ada logik atau sebaliknya alasan yang diberikan, ia jelas melambangkan tujuan sebenar mereka iaitu membela Lim Guan Eng dalam menjahanamkan Melayu. Apa-apa sahaja yang dilakukan oleh Lim Guan Eng terhadap Melayu, dibolehkan saja...

Dengan kata lain, Lim Guan Eng berjaya melaksanakan misinya...
MELAYU HARUS BERLAWAN DENGAN MELAYU!!!!

sumber

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jajah, belah dan perintah adalah mainan DAP dan suksakatnya.