(KAKI PUTAR ALAM)
Azmin Ali, 'sang kekasih hati' Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Malaysia gagal dalam menyelamatkan dan mengeluarkan pelajar serta rakyat Malaysia dari Mesir. Katanya lagi, kegagalan tersebut adalah disebabkan kelembapan, kemandoman dan kebongokan para pegawai kedutaan yang tidak tahu berbahasa Arab sehinggakan mereka tidak tahu apa-apa yang berlaku di Mesir. Kalau menurut Azmin, kerajaan Malaysia seharusnya bertindak lebih awal, iaitu sebelum berlakunya rusuhan bagi mengeluarkan rakyat dan pelajar Malaysia dari Mesir. Seolah-olah dia merujuk kematian beramai-ramai para pelajar serta rakyat Malaysia di Mesir akibat kelambatan yang dimaksudkannya.
Barangkali Azmin Ali beranggapan, mengatur logistik, menguruskan aset, meminta kebenaran mendarat, berlabuh, melalui ruang udara, ruang laut dan sebagainya itu adalah harta Anwar Ibrahim yang dia boleh kongsikan dengan orang ramai. Mungkin dia tidak ada masalah menerusi PERKONGSIAN tetapi apabila melibatkan negara-negara asing, pastinya banyak benda yang dilakukan.
Azmin Ali seharusnya menunjukkan negara-negara yang telah selesai mengangkut dan mengeluarkan rakyat mereka dalam jumlah yang besar seperti Malaysia bagi menyokong tuduhannya bahawa Kerajaan Pusat gagal melaksanakan pelan evakuasi di Mesir. Esok merupakan hari di mana kumpulan terakhir akan dibawa keluar dari Mesir. Dan dari Jeddah, mulalah pengangkutan dibuat menghantar para pelajar dan rakyat Malaysia pulang ke tanah air.
Atau barangkali Azmin Ali mempunyi geluk ajaib yang boleh memberikan ramalan apa yang berlaku pada masa hadapan. 20,000 orang rakyat Malaysia di Mesir boleh diangkut dengan sekali ketip jari ketika rusuhan mulai tercetus. Dan jangka masa rusuhan itu pula berlaku boleh ditangguh-tangguh? BANGANG !!!
Barangkali Azmin Ali ini sudah terlebih minum AIR JANTAN sampaikan benda yang keluar dari mulut dia, bongok saja bunyinya. Gagal apa bendanya kalau tidak ada seorang pelajar atau rakyat Malaysia yang tersangkut atau mati kejung atau lenyek di Mesir. Baki yang tidak pulang, bukan kerana kerajaan gagal membawa mereka pulang, sebaliknya kerana mereka sendiri yang sukarela untuk terus tinggal di Mesir.
Rakyat Malaysia terus dihidangkan dengan AHLI-AHLI POLITIK BANGANG seperti Azmin Ali yang cuba memperlihatkan kebijaksanaan tetapi hasil kerja tidak ada langsung. Masa pelan evakuasi, tidak ada suara langsung daripada Azmin Ali kecuali mendesak agar para pelajar dan rakyat Malaysia dibawa pulang. Apabila kerajaan telah pun melaksanakan rancangan tersebut secara berperingkat-peringkat serta lancar, maka berbunyi pulaklah mulut PONDAN HENTAK KAKI Azmin Ali.
Segala-gala benda hendak dipolitikkan dan dijadikan sumber berpolitik. Tidakkah suatu hari mereka berasa bosan amat dengan perangai sendiri yang sentiasa membodoh-bodohkan dan merendah-rendahkan keintelektualan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Atau mereka barangkali seronok apabila melihat kebodohan mereka ditelan, dijilat dan dikunyah oleh para penyokong mereka yang otak mereka jauh lebih kecil berbanding otak ayam!!!!
The Flying Kick
House PK.
1 ulasan:
Dapat habuan daging fresh dan bukannya tulang belulang !
Catat Ulasan