Sabtu, Mac 12, 2011

ORANG MUDA TOLAK PAS !?

Analisis yang dilakukan oleh sebuah badan NGO penkaji PRK diMalaysia,menunjukkan trend dimana pengundi muda sudah mula menolak PAS.Ini dibuktikan selepas kemenangan BN berganda di Kedau Dan Merlimau.Bn pula dilihat telah dapat momentum yang hilah selepas PRU ke12 lalu.

Pas kehilangan pengundi muda di kesemua 6 pilihanraya kecil kebelakangan ini. Undi pada PRU 12, PAS mendabik dada dengan berkata, kalau sekiranya SPR mendaftarkan pengundi muda yang melebihi 700 ribu orang itu, BN pasti hilang kuasa dan kerajaan. Sekarang senarionya sudah berubah, dan perubahan amat ketara apabila 55% undi muda meninggalkan PAS.
Golongan muda mudi merasakan PAS terlalu asing dari mereka. Keadaan ini diterjemahkan, kerana muda mudi Malaysia 99% celik huruf, dan lebih 85% celik Komputer, maknanya mereka membaca dan berpengetahuan.
Saya teringat, baru ini, apabila Ustaz YDP PAS, menegaskan yang dia sengaja memakai serban dan jubah dalam perarakan cingei dan tarian Naga,' kerana nak sampaikan Dakwah, supaya mereka kenal Islam'. Saya jadi terpinga-pinga, adakah Islam dikenali kerana pakaian jubah?, tidakkah Nik Aziz itu di kenali kerana amanahnya, Ibnu Sina itu dikenali kerana kepakaranya. Negara Baghdad dan Cordova di kenali kerana pembangunannya.

Inilah pemikiran kebanyakan pemimpin PAS, memperjuangkan Islam yang tidak realistik dan tidak berpijak dibumi nyata yang tidak sampai kepada sasaran pengundi.

1. Negara dan dasar yang diperjuangkan PAS amat kabur, Contohnya Undang-Undang Keluarga Islam dan Peraturan Islam, mempunyai versi berbeza di Kelantan dan Terengganu(Semasa PAS berkuasa (1999-2004) dan sekarang di Kedah,

2. Kepimpinan yang nak di ketengahkan PAS, terlalu asing dari bidang ilmu dan pengetahuan mereka. Seperti beruniform (Presiden, Timbalan PAS mesti Ustaz, yang berlatarbelakang pendidikan Islam sahaja) Pemimpin Berserban ketika acara formal yang biasanya kita pakai Suit baju Kot yang mana ia amat janggal bagi muda mudi.

3. Keterbukaan (hanya bersifat terpilih) di kemukakan penceramah dan media PAS. Sebagai contohnya, Pemimpin tak boleh di kritik, Penulisan yang baik tapi berbeza dari pemimp tidak dibenarkan siar. Ekonomi , samada teori atau amalan serta syarikat-syarikat perniagaan yang di siar dalam Harakah terlalu tradisional dan lemah dan terasing dari dunia pasaran semasa.

4. Peluang ekonomi tidak meyakinkan yang amat ketara berbeza, dalam Budget Kelantan dan Kedah, kalau nak di bandingkan Budget Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor.

Dengan Bukti yang terang diatas ini, menjadikan Muda-Mudi Malaysia merasakan PAS yang ada seperti berikut.

1 Pemuda yang ada hari ini amat kecewa dengan PAS yang gagal menguruskan dan menyediakan kehendak muda.
2. Pemuda-pemudi sekarang semakin jauh dari pas, yang menjadi Parti EXCLUSIF, atau untuk pihak tertentu sahaja (Ustaz,Ulama, Beruniform)
3. Pemuda-pemudi hanya berhubung dengan PAS melalui acara-acara terpilih dan khusus, hanya tempat tertentu, dan bersifat bilik darjah, monoloque dan tiada berpeluang libat .
4 Pemuda - pemudi melihat tidak konsisten akan pendirian dan keterbukaan PAS, Terlalu politik dari kebajikan, sosial dan kesenian.
5.Yb PAS suka politik yang berasaskan mukim.
6.Jentera Pilihanraya (PRK) diimport dari luar meskipun warga tempatan membantah !
 
Kepada PAS.....
Anda telah menempah kubur lebih awal diTaman Peringatan Nlai !

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa lagi orang melayu nak harapkan dari PAS...
NIK Aziz pun benci kepada melayu..

http://mulutmelayu-realiti.blogspot.com/ berkata...

Salam, Mohon dilinkkan blog saya di blog tuan.
Blog tuan tela pun saya linkkan di column 4 blog saya,

Bingai @ Bangang berkata...

Copy peta pejabat PKR kat blog aku dan letak kat sini untuk memudahkan orang ramai berdemo mendesak nuar serahkan DNAnya hari ini jam 11.30 pagi.

Bingai @ Bangang
Ke Pejabat PKR?