Isnin, Mac 14, 2011

KALAU BERANI - BAGILAH DARAH SETITIK !

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi sampel darah untuk ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA) atas nama hak dan kebenaran bagi merungkai identiti sebenar peliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Katanya, Ketua Pembangkang itu tidak sepatutnya menjadi pemimpin yang dayus dengan ‘menyorok’ di sebalik aspek teknikal undang-undang dan peguamnya, Karpal Singh.
Katanya, Anwar sebaliknya perlu menjadi seorang manusia yang berani agar selari dengan cita-citanya mahu menjadi Perdana Menteri.
“Jika Anwar enggan memberi sampel darahnya, sudah pasti umat Islam dan rakyat akan tertanya-tanya apa sebenarnya yang hendak disorok sangat. Sumpah laknat pun beliau tak mahu buat sekarang hendak bagi darah demi membuktikan kebenaran pun tak mahu juga.
“Benarkah seperti yang disebut orang bahawa Anwar ada ‘rahsia besar’ yang mahu disembunyikan di sebalik keengganan memberi DNA,” katanya dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com semalam.
Buat pertama kali dalam sejarah perundangan negara, pihak pendakwaan dalam kes liwat Anwar terpaksa memohon perintah agar mahkamah mengarahkan Ketua Pembangkang itu memberi sampel darah untuk dibuat ujian DNA tetapi permohonan tersebut dibantah oleh Karpal.
Mengulas lanjut Zulkifli berkata, tiada sebab untuk Anwar membantah dan mengelak daripada memberi sampel darahnya kerana ia peluang terbaik untuk beliau membuktikan tidak pernah terbabit dalam aktiviti liwat sebagaimana yang didakwa.
Katanya, Anwar sepatutnya tidak perlu menunggu pihak pendakwa membuat permohonan kepada mahkamah untuk menyerahkan sampel berkenaan.
Ini kerana beliau yakin jika terbukti air mani yang ditemui dalam dubur Mohd. Saiful bukan miliknya, Ketua Pembangkang itu akan disanjung oleh rakyat.
“Yakinlah, di hadapan Allah nanti bahawa Karpal tidak akan boleh membantu lagi. Ingatlah di hadapan Allah nanti kita sudah tidak boleh menyorok. Semua benda (kecuali mulut) akan bercakap memberitahu Allah apa sebenarnya yang berlaku.
“Masa itu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan dengar, Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) akan dengar, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dengar, N. Gobalakrishnan pun akan dengar. Masa itu, Karpal pun tak sempat nak membela kamu,” katanya




UTUSAN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berani kerana benar.
Takut kerana salah.
Buktikan.....