Semua pihak termasuk pembangkang tidak berhak mengeluarkan kenyataan bahawa rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang adalah palsu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, adalah menjadi satu kesalahan mengeluarkan kenyataan awal seperti itu kerana mereka tidak tahu kesahihannya.“Mereka tidak berhak mengeluarkan kenyataan untuk menentukan kesahihan video tersebut kerana ketulenannya hanya dapat ditentukan selepas pihak polis selesai melakukan siasatan.
“Mengapa hendak menghakimi kes ini, sedangkan orang yang mengeluarkan kenyataan itu sendiri berkemungkinan besar belum tengok lagi rakaman itu,” jelasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan ulang tahun Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan Ke-59, di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam dan Ketua Pengarah Pertahanan Awam, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid.
Hishammuddin diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin parti pembangkang yang mendakwa rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang bersama seorang pelacur warga China di sebuah hotel yang didedahkan kepada pihak media, Isnin lalu sebagai palsu.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan tidak akan campur tangan dalam siasatan polis kerana bimbang akan dituduh sebagai konspirasi.
“Saya tidak berminat mengulas panjang mengenainya kerana saya hanya berminat untuk mencari kebenaran dan mahu polis melakukan siasatan secara telus dan penuh berintegriti,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kekesalan barisan kepimpinan MCA terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang menyifatkan MCA ketika ini umpama isteri yang tidak mempunyai suami tidak akan menjejaskan hubungan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).
“Perbezaan pandangan dalam komponen BN memang berlaku tetapi akan ada cara untuk kita menyelesaikannya,” katanya.
sumber'
utusan:
bs.
Hampir kesemua kenyataan yang dikeluarkan oleh individu berkaitan video porno tersebut adalah berdasarkan "hear say" sahaja.Fakta sebenarnya adalah mereka belum lagi menyaksikannya.
Mereka membuat andaian kerana terlalu teruja dengan penghasilan video tersebit.
Biarlah pihak PDRM menjalankan siasatan sehingga Suruhanjaya Diraja ditubuhkan;
2 ulasan:
Kalau sudah sahih video tersebut memang ori.... apa nak dikatakan lagi. Berundur saja lah !
Jom sokong Suruhanjaya Siasatan Di Raja!
Aku Yang Bingai
18SX: Baru celup dah pancut?
Catat Ulasan