Jumaat, Mac 04, 2011

PAS HARUS BERMUHASABAH DAN BERTAUBAT


JASIN, 2 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad mengingatkan rakyat khususnya pengundi di Merlimau bahawa mereka ketika ini bukan berdepan dengan pakatan pembangkang tetapi gerombolan pakatan pembohong.

Justeru katanya jika rakyat tidak bijak maka mereka akan mudah terpengaruh dan ditipu.

“Mungkin Tuhan dah takdirkan ketiga-tiga parti pembangkang ini dikumpulkan untuk rakyat menilai mereka….yang dulu haram sekarang dah jadi halal… ini bukan pakatan pembangkang tetapi pakatan pembohong.

“Kalau dengar cerita Pas, Dap dan PKR Malaysia ni memang dah tak selamat… takut kita dengar. Kalau kita percaya macam kita nak lari dari negara ini…macam-macam mereka cakap tapi sampai sekarang ok je…. rakyat boleh hidup aman makmur”, katanya ketika berucap dalam satu ceramah di Peti Undi Permatang Serai di sini.

Sebenarnya tegas beliau lagi berbohong sudah menjadi amalan parti pembangkang, fitnah sudah jadi budaya dan amalan hidup mereka.
Malah beliau turut menyelar tindak tanduk Ketua Pakatan Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cukup pandai putar belit mengelirukan rakyat di negara ini.

“Dalam kes liwat Saiful sampai sekarang dia tak berani bersumpah sebaliknya dia jadi sesumpah…. bertukar warna ikut keadaan…cakap dengan orang Melayu lain… bila berdepan dengan kaum Cina lain dan bila dengan orang India nadanya berubah”, ujarnya. -MediaUMNO

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS mempunyai fahaman yang sesat dan meyesatkan !

AJAI62 berkata...

Assalam Bro

Buat apa mereka nak bertaubat. Sebab dan dijanjikan syurga Nik Aziz yang boleh berkawan dengan syaitan.