Sabtu, Mac 19, 2011

WAN AZIZAH - SURUH JE ANWAR , AZMIN , SAMSIDAR SERAH DNA !

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu memujuk timbalannya, Azmin Ali dan isteri, Shamsidar Taharin supaya membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) kepada mahkamah.


Menurut bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari, perkara itu perlu dilakukan sekiranya Wan Azizah dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail masih mempunyai maruah.
Katanya, Wan Azizah tidak perlu berpura-pura kerana apa yang diketahui beliau adalah sama dengan apa yang diketahui oleh peguam Anwar, Karpal Singh.
''Kita tahu betapa pedihnya hati Wan Azizah untuk mengunjungi dan memujuk Shamsidar, tetapi demi politik beliau perlu berbuat demikian.
''Inilah angkara apabila nafsu politik mengatasi maruah dan prinsip," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keengganan Awar menyerahkan DNA bagi melicinkan proses perbicaraan kes liwat beliau di mahkamah.
Menurut Anuar, Wan Azizah dan Saifuddin juga perlu memberi penjelasan mengapa Azmin dan Shamsidar masih mendesak supaya Anwar tidak menyerahkan DNA kepada mahkamah.
Tindakan Azmin dan Shamsidar itu kata beliau, seolah-olah cuba menyembunyikan rahsia besar antara mereka dan Anwar.
''Kita juga tertanya-tanya berapa tahunkah usia rahsia besar ini," ujarnya.



UTUSAN


memang Azizah banyak menyimpan rahsia.
Jangan sampai rahsia2 tersebut menjadi
barah !

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apalah yang Azizah bela sangat Anwar tu.
Dah lah kaki belit, penipu pulak tu !

Tanpa Nama berkata...

entah2 si azizah sendiri ada rahsia tersendiri kut... kalau dia bocor rahsia anwar, mana la tau si anwar bocorkan rahsia dia plak... sekilas pandang air di laut, sudah tau mana satu yang jantan dan yang mana satu betina... sekilas pandang pd pasangan anwar-azizah, sudah tau cerita laki-bini penipu....

Tanpa Nama berkata...

wan jijah nih dah macam kena guna2..bodoh bendul semacam je..kesian pulak kadang2 nengok dia ni