Pagi - pagi ni, elok kita jadikan bahan ini sebagai satu renungan. Saya seboleh - bolehnya, tak nak kutuk parti yang pernah memayungi kehidupan Semut suatu ketika dahulu.
Asalnya Saya tinggalkan PAS dulu adalah sebab hipokrasi mereka dalam memperjuangkan Islam selepas zaman Allahyarham Ustaz Fadhil Noor.
Kepimpinan dalam PAS masa tu pun dah berpecah kepada dua bahagian. Satu kepimpinan Ulama dan satu lagi dari golongan yang mengaku Profesional.
Tak payah nak cakap la kata PAS parti yang mengutamakan kepimpinan Ulama sebab kalau kita tengok hari ini, perbezaan dua kumpulan tu dah semakin ketara.
Persoalkan balik, sejauh mana ilmu agama yang dimiliki oleh Khalid Gereja, Husam Musang, Mat Sabun dan Mahfuz Bean?
Mereka inilah merupakan barisan kepimpinan Profesional dalam PAS yang kini menjadi Edrogan tegar menjaga kepentingan Politik Anwar.
Walaupun, suatu ketika dahulu, Mat Sabun pernah melabelkan Anwar dengan gelaran Al - Juburi, tetapi kenapa hari ini dia diam membisu seribu bahasa?
Pernah tak ahli PAS tanya dia, kenapa dia panggil Anwar Al - Juburi dulu? Apa jawapan dia? Kini Mat Sabun dah jadi pengikut tegar Si Al - Juburi tu. Ironik bukan?
Maka, tak salah kalau kita lihat perbezaan ketara diantara perjuangan Islam PAS dengan UMNO. Bukan Semut nak kata UMNO bagus.
UMNO pun banyak lagi rongga yang harus diperbaiki agar parti Kebangsaan Melayu itu benar - benar memperjuangkan Islam sejati demi mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara.
Perbezaan mudahnya ialah apabila kita cerita tentang Perpaduan Ummah. Kalau kita ajukan persoalan itu kepada PAS, pasti 50% daripada pengikutnya akan menolak.
Sedangkan dalam UMNO, semua pemimpinnya mengalu - alukan Perpaduan Ummah ini wujud secara realistik dan menyeluruh.
Bak kata Datuk Ahmad Maslan, pintu rundingan Kerajaan Perpaduan diantara PAS dan UMNO tidak pernah ditutup. Ia masih terbuka luas.
Tanya la mana - mana pemimpin UMNO, mereka pasti sudi menerima PAS. Tetapi kenapa PAS yang kononnya memperjuangkan Islam menolak tuntutan syiar Islam ini?
Perkara inilah yang harus dijadikan renungan oleh semua umat Islam di Malaysia. Bukan setakat PAS dan UMNO sahaja yang perlu renungkan perkara ini.
Sesungguhnya, lebih banyak manfaat yang dapat diperolehi jika kedua - dua entiti ini bergabung kelak. Jangan terlalu ikutkan ego semata - mata. Buka pintu hati untuk melihat perkara ini sedalam - dalamnya. Semoga kita beroleh hidayah daripada Allah S.W.T. Insya Allah.
IHSAN DARI :
http://semuthitam80.blogspot.com/2011/04/beza-islam-pas-dan-islam-umno.html
IHSAN DARI :
http://semuthitam80.blogspot.com/2011/04/beza-islam-pas-dan-islam-umno.html
1 ulasan:
Bloggers PAS dan Pembangkang yang lain tu belum baligh lagi !
Catat Ulasan