Isnin, April 11, 2011

BUAT BAIK PUN KENA DOA PECAH PERUT !

Kalau tanpa nasihat yang salah daripada tukang-tukang punahsiat yang ada di sekelilingnya selain penyampai-penyampai maklumat yang ingin nama mereka diingati kerana mereka berjaya menyampaikan maklumat yang tidak diketahui oleh orang lain, Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am yang paling mantap dan menarik.

Malangnya, mereka yang berada di sekeliling Nik Abdul Aziz adalah syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia dan seringkali mengelirukan pemikiran orang tua itu sehingga menjadikan dia antara figur yang paling dibenci oleh sebahagian besar orang Melayu kerana kelancangan mulutnya.

Perlu diingat, Nik Abdul Aziz bukanlah jenis Menteri Besar atau Mursyidul Am yang akan keluar berjalan pada waktu malam melihat-lihat keadaan anak negeri atau turun ke akar umbi unutk menyelami perasaan sebenar golongan yang berada di bawah. Sebaliknya dia hanya mengharapkan orang bantuannya yang berhati serigala untuk mengumpul dan menyampaikan maklumat kepadanya. Paling lebih Nik Abdul Aziz bertemu dengan orang ramai adalah pada ketika dia mengajar ilmu agama. Kalau ada pun, dia menunggu di rumahnya.

Antara bahan lawak yang paling signifikan yang keluar dari mulut Nik Abdul Aziz adalah doa pecah perut. Mujurlah Najib Abdul Razak tidak melatah sama dan turut mendoakan punggung Nik Abdul Aziz terkoyak atau kepala lututnya beralih ke dagu.

Gambar di atas sudah cukup untuk membuktikan tentang situasi tersebut. Pada ketika Nik Abdul Aziz masih lagi meneruskan ancamannya terhadap Najib Abdul Razak dengan doa pecah perut, doa bala, doa buta mata dan doa segala macam doa musibah yang lain, ketika menuruni tangga, Najib Abdul Razak juga yang memapah dan memegang tangannya. Punyalah hebat doa Nik Abdul Aziz, namun dia terpaksa dipimpin dan ditolong orang lain, lebih istimewa lagi, oleh orang yang dimusuhinya.

Bayangkanlah kalau Najib SETARAF Nik Abdul Aziz... barangkali bukan ditolong dan dipimpin tangan Nik Abdul Aziz turun tangga, sebaliknya ditolak dari tangga atas sampai tersungkur dan berterabur gigi Nik Abdul Aziz di kepala tangga!!!

Mujurlah Najib Abdul Razak kekal sebagai Najib Abdul Razak, bukannya terikut-ikut dengan gaya Nik Abdul Aziz!!!!

2 ulasan:

pacat berkata...

hahahaha! dah tolak kasi pijak pulak perut nik ajiz... kasi pecah n terkeluar ususnya! ganasss!
tapi hakikatnya insan yang telah didoakan supaya pecah perutnya masih sihat dan gagah dalam mentadbir Malaysia dan juga negeri2 pembangkang.....

Tanpa Nama berkata...

Pada ketika Nik Abdul Aziz masih lagi meneruskan ancamannya terhadap Najib Abdul Razak dengan doa pecah perut, doa bala, doa buta mata dan doa segala macam doa musibah yang lain, ketika menuruni tangga, Najib Abdul Razak juga yang memapah dan memegang tangannya.

Cakap lelebih kang ada yg mengamuk..tp inilah hakikat nya bilamana Rasulullah dulu pun tolong Doa kat 1 perempuan yg selalu kutuk dan hina Bagina....sudahnya bila perempuan tue demam...Rasulullah yg datang melawat dia....haihh...renung² kan lah...