Khamis, Jun 16, 2011

NEGARA ISLAM - PAS TEWAS. LIM KIT SIANG PUAS !

Slogan negara PAS ini berterusan hingga buku bertajuk "Negara Islam" keluaran Oktober 2003, terbitan Brotisis Info System. Buku 53 halaman itu menjadi motto PAS untuk menghadapi pilihan raya umum pada 2004. "Negara Islam adalah sebuah negara negara kebajikan yang diasaskan di atas prinsip syara' demi mendaulatkan Islam sebagai ad Deen yang lengkap, sempurna, menuju kebahagiaan dunia dan akhirat" mukasurat 11, buku Negara Islam PAS. Bila sudah rapat dengan DAP, semua prinsip itu digadaikan untuk bersama-sama merebut kuasa semata-mata.
Dalam muktamar PAS ke-57, tiada lagi slogan "negara Islam" bagi PAS. Semuanya sudah berubah kerana PAS sudah terikut cakap DAP.

Negara berkebajikan cara pakatan DAP, PAS dan PKR amat bertentangan dengan Fasal 5 (i dan ii) dalam perlembagaan PAS sendiri. Dasar PAS tidak lagi konsisten bila dipengaruhi oleh DAP. Ahli-ahli PAS perlu menuntut penjelasan dari kepimpinan PAS, mengapa perlu digadai prinsip bila diacah oleh DAP. Jika tidak, elok dibubarkan sahaja parti PAS.
Lim Kit Siang-Dengar Ceramah ABIM 1980

Kit Siang pernah hadir dalam Perasmian Muktamar Sanawi ABIM pada tahun 1980, ketika Anwar Ibrahim masih lagi menjadi Presiden ABIM. Kit Siang ketika itu masih lagi Setiausaha Agung DAP datang memberi sokongan moral kepada Anwar Ibrahim
 
PAS seperti lalang kering yang akan hancur dan hangus berdebu dan jumud,hanya menunggu kebakaran besar kemarahan akar umbinya meledak ..... AKAN BERLAKU !

Tiada ulasan: