Khamis, Jun 09, 2011

SERAMBI MEKAH KESOHO LONDON !?

Dalam satu artikel NST 9/6, Nik Aziz berkata keputusan menggugurkan perjuangan negara Islam kepada Negara Kebajikan adalah keputusan tepat kerana ada rakyat yang tidak dapat menerima terma itu, malah menakutkan mereka.

Apa yang penting Pas tidak meminggirkan prinsip2 perjuangan sebuah pergerakan Islam, yang bersandarkan Quran dan Hadis. Nik Aziz dakwa beliau TIDAK PERNAH melabel Kelantan sebagai sebuah Negeri Islam. 

Dah ramai yang mengulas mengenai Negara Islam dan Negara Kebajikan Pas, cuma saya tertarik dengan pengakuan Nik Aziz yang kata beliau TIDAK PERNAH melabel Kelantan sebagai sebuah Negeri Islam. Saya takde masa nak cari bukti cuma saya teringat Slogan Kota Bharu yang diberi nama sebagai Bandaraya Islam ........

Tapi cakap orang politik .... itu Kota Bharu bukan Kelantan ! Tak sama. hehehehehe .... 


Mungkin Nik Aziz nak tukar kepada Kota Bharu Bandaraya Kebajikan ? Yalah supaya selari dengan perjuangan Pas kini ...tak risau ke label Islam itu akan menyebabkan segelintir orang takut hendak ke Kota Bharu ?

Saya sebenarnya malas  nak ulas benda-benda ni, tapi saya paling geram kalau pemimpin politik cakap belit2. Seingat sayalah, beberapa kali jugalah dah dengar ceramah2 pemimpin Pas dimana mereka mendakwa Kelantan sebagai sebuah negeri Islam tapi dululah masa Pas sibuk menjual negara Islamnya.
Sekarang semua digadaikan kerana takut dengan Kapal Sink....
NIK AZIZ BOLEH BUAT .......


SUMBER

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dulu dipanggil serambi Mekah..... la ni SOHO pulak !
Ini gara2 Hadi lah yang konar baring 180 darjah !