Hanya komunis dianggap pejuang sebenar oleh PAS sempena Hari Kemerdekaan ke 54
Mat Sabu dan PAS memang dah gila ! ...Di sebalik kehangatan rakyat negara ini mahu menyambut Hari Kemerdekaan negara pada minggu hadapan , Mat Sabu dan PAS terus menghina para pejuang-pejuang yang dulu telah terkorban semasa bertempur dengan pengganas Komunis .
Mat Sabu cakap pengganas Komunis yang membunuh 25 anggota polis & keluarga mereka di Balai Bukit Kepong sebagai wira sebenar sebab semua anggota polis ini bekerja dengan penjajah British . Nampak sangat Mat Sabu sanggup bela pengganas komunis yang majoriti Cina daripada bela anggota polis & keluarga mereka yang terkorban yang semuanya berbangsa Melayu .
GPB ingat tanya Mat Sabu , kalau puak-puak pengganas komunis ini dianggap Wira sebenar kemerdekaan , habis semua anggota keselamatan termasuk polis & tentera yang terkorban dianggap penderhaka ??
Dek kerana filem Bukit Kepong diarahkan oleh pelakon hebat Jins Shamsudin yang juga orang UMNO , Mat Sabu cuba mempolitikkan isu ini apabila negara kita akan menyambut hari kemerdekaan ke 54 . Mengapa Mat Sabu takut sangat filem ini ditayangkan semula bila nak dekat hari merdeka ? Sebabnya komunis ini jahat, zalim dan bunuh ramai rakyat ketika itu dan PAS selaku penyokong tegar komunis cuba menutupnya dari pengetahuan generasi akan datang .
PAS dan Mat Sabu lah sebenarnya pengkhianat sebenar kerana menyokong Komunis yang cuba menghancurkan negara !
GPB menyeru kepada waris-waris kepada anggota keselamatan yang terkorban ketika berjuang melawan komunis dan bekas anggota keselamatan yang hidup lagi hari ini agar mengecam keceluparan mulut pemimpin boneka komunis dan DAP ini .
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.
Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.
Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.
Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.
“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.
Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan