Tema Kongres di Pulai dekat Johor Bharu yang berakhir petang Ahad itu dilihat lebih menjurus kepada usaha membina semangat aktivis parti itu untuk selamatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal berdepan dengan keputusan mahkamah berhubung kes liwat Saiful Bukhari Azlan tidak lama lagi.
"Angin itu jelas terasa pada kongres ini.Wajah-wajah bimbang di kalangan perwakilan mengenai kedudukan parti terhadap kes mahkamah itu sukar diselindung," kata seorang perwakilan.
Bisik-bisik yang kedengaran di kongres itu bukanlah sesuatu yang tidak pernah didengar.Tanpa Anwar bukan saja PKR goncang malah struktur pakatan pembangkang bakal goyang.Atas sebab ini tidak ramai yang terkejut apabila mendengar Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali mengaum dengan nada ugutan parti itu akan bangkit pecahkan tembok penjara jika Anwar dipenjarakan kerana kes liwat.
Mesej perang itu disampaikanya pada perasmian kongres sayap Wanita dan Angkatan Muda Keadilan menjelang kongres penuh PKR.
Bunyinya bagai panglima yang gagah berani. Ada perwakilan yang kedengaran secara sinis berkata apa lagi yang dapat dikatakan oleh 'orang dapur' Anwar itu kalau bukan retorik yang cuba mengumpul semangat mereka.
Adat manusia.Biasanya orang yang dilanda kebimbangan akan [I]gempak[/I] lebih. Disebalik senyuman dan tepuk sorak menyambut suntikan semangat daripada Azmin itu ada pemerhati melihatnya sebagai 'suara mengebalah Anwar'.Ini kerana dakwaan skandal yang melibatkan Ketua Umum PKR itu bukan setakat kes liwat di mahkamah tetapi kes video seks yang disahkan 99.9 peratus tulin.
Bagi mereka di kalangan ahli parti dan penyokong tegar pembangkang ' boleh dipujuk' dengan dakwaan ia konspirasi UMNO dan sebagala macam tohmahan lain.Namun di peringkat rakyat jelata yang umumnya sudah jelak melihat khususnya kes mahkamah yang tertangguh dengan macam-macam karenah di pihak Anwar mungkin lain ceritanya.Sumber-sumber parti mengakui skandal video seks yang didedahkan oleh sahabat baiknya sendiri, Datuk Sharzly Eskay cukup meresahkan bukan saja para pimpinan parti itu malah rakan dalam pakatan.
"Semuanya kini terpaksa berlagak macam ia tidak ada hal yang menjejaskan untuk mengelak kebimbangan terpancar. Pokoknya siapa saja yang melihat video itu tahu. Kita boleh tuduh ia konspirasi UMNO dan sebagainya tetapi ia sesuatu yang nyata yang boleh dilihat oleh semua orang," kata perwakilan tadi.
Dia mengakui kalau PKR sendiri dapat video mana-mana tokoh UMNO yang meyakinkan begitu ia pasti mereka akan jaja habis-habisan.Dia juga mengakui dalam perbualan dengan rakan-rakannya ramai yang mempunyai ' pandangan tersendiri' tentang kebenaran video itu." Biasalah semuanya simpan sendiri sajalah pandangan itu harap-harap orang tak percaya," katanya.
Strateginya kini ialah selagi boleh cakap...nafi sajalah.
Juga[I] mood[/I] yang dikesan dari kongres itu ialah jika pakatan pembangkang dapat menumbangkan BN dalam pilihanraya umum ke 13 segala masalah dakwaan skandal Anwar itu dapat ' dicuci'.Makanya, jika Azmin pukul gendang parti itu nak bangkit bebaskan Anwar jika dipenjara kerana kes liwat... Anwar pula berusaha bersungguh-sungguh untuk meyakinkan perwakilan bahawa Putrajaya bakal jatuh ke tangan mereka pada PRU 13 nanti.
KLIK DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan