Selasa, November 15, 2011

LUAHAN HATI BLOGGER - BACALAH !

 


Mulai saat ini APA bernaung dibawah UMB..


Sebenar nya aku ini tak suka nak cari hal ngan orang.Aku menulis ikut selera aku dan ikut apa yang terlintas dikepala aku.Aku tak main ikut ikut dan bawa agenda kepentingan peribadi seseorang individu ataupun kumpulan.Aku suka bersangka baik dengan semua orang dan semua bloggers tak kiralah dia duk disebelah mana pun.Tapi kebelakangan ini aku dah tak boleh tahan lagi dengan POLITIK BLOGGER yang bersuku suku dan berpuak puak ini.

Ada Blogger Elit dan ada Blogger Otai dan blogger baru macam aku ini aku rasa macam BLOGGER CIBAI je.Tak dinafikan lah di peringkat awal pembabitan aku dalam dunia ini MEREKA ini banyak membantu mempromosi blog aku,tapi kebelakangan ini aku macam kena boikot dengan puak puak Elitis ini.Entah kat mana silap nya aku pun tak pasti.Tapi yang aku pasti bila aku enggan menulis apa yang individu ni nak aku tulis aku di boikot.

Mula mula dulu aku layan jugalah kerana diberitahu suruh aku mulakan sesuatu isu lepas tu konon nya akan di pick up para sahabat yang lain.Tapi bila aku post aku tenguk tak ada siapa yang follow up pun..rupanya aku di peralatkan untuk agenda peribadi individu tertentu ini.Aku malas lah nak ulas panjang apa ke benda nya..tapi semua nya berkaitan dengan DUIT.Mungkin dengan artikel aku tu ada pemimpin yang KENA PAU.Lepas tu tak adalah aku nak menulis lagi bila diminta kecuali kebetulan pemikiran aku tentang sesuatu isu itu sama.Mungkin itulah sebab nya aku kena boikot secara senyap hari ini.

Aku ingat komuniti blogger sealiran ini SATU HATI,SATU MATLAMAT DAN SATU PERJUANGAN walaupun berbeza pandangan dan pendapat..rupanya tidak.Aku ingat kita bebas menulis tanpa di kongkong oleh pemikiran seseorang atau suatu kumpulan tertentu,ternyata sangkaan aku meleset.Tidak banyak bezanya ORANG POLITIK dengan BLOGGER POLITIK..bahkan lebih teruk kerana blogger ini politik nya 24/7.Tenguk je jam berapa sekarang dan aku masih lagi berpolitik..

Fikir punya fikir AKU PEDULI APA dengan diaorang punya politik.Aku bukan mintak makan dengan diaorang selama ini...kena kencing lagi ada.Lagipun kalau nak mendabik dada pasal apa yang dah aku SUMBANG pada UMNO dan BN dibandingkan dengan diaorang...jauh sangat beb..

Aku dah pernah dan dah siapkan projek RM250 juta untuk UMNO dan BN tahun 2004 lagi walaupun tak dibayar satu sen pun hingga kehari ini.Lama sebelum kebanyakan blogger hebat yang ada hari ini pandai berblog.ADA SIAPA YANG BERANI NAK PERTIKAIKAN?Tapi tak adalah aku nak mendabik dada mengaku diri ini PEJUANG siang dan malam.Bila berpeluang bercampur gaul dengan rakan rakan bloggers tak ada pun nak sembang deras..aku buat bodoh je.Bagi peluang blogger blogger hebat ni buka sayap mereka.Tapi sabar kita pun ada had nya...

JADI MULAI SAAT INI AKU NAK DECLARE YANG AKU KINI BERNAUNG DIBAWAH UMB PIMPINAN TUN FAISAL.KORANG ADA MASAALAH????

Dah alang alang orang nak berkumpulan tak salah rasanya aku juga memilih untuk duduk dalam satu kumpulan.Siapa aku pilih jangan nak di persoalkan sebab KORANG sendiri pun boikot aku!Aku rasa ada RAMAI lagi bloggers yang bernaung di bawah UMB tapi dek sebab takut menerima nasib macam aku ini diaorang buat bodoh je dengan KUMPULAN ELIT ini.

Tapi suka aku nak bagitau kepada komuniti bloggers..

Bila Tun Faisal mengaku ramai bloggers yang bernaung dibawah UMB dia TAK CAKAP KOSONG....memang itulah hakikatnya.Kalau lah Kumpulan Elit ini tau siapa dan siapa diaorang sendiri pun boleh ketuk kepala sendiri.Jadi mulai hari ini LU LU,GUA GUA!Ini kali terakhir aku sentuh isu ini dan aku harap korang pun sama.Lepas ini jangan lak nak berperang dengan aku tak ada faedah pun...gi berperang dengan Pakatan Rakyat tu.Bukan kah itu tujuan kewujudan KITA semua kan?Kalau berjuang nak bagi mati kawan kawan baik tak usah..

Aku ucapkan SELAMAT MAJU JAYA pada korang semua.Semoga  matlamat perjuangan kita tidak tersasar walaupun tidak dalam satu kumpulan yang sama.Korang ikut Highway Elit dan aku ikut Highway Kesas asalkan sampai ke destinasi yang sama.

ADIOS.

P/S :
Kepada sahabat sahabat yang rasa nak buang link APA macam yang dah di lakukan ramai sahabat..SILAKAN.Kalau yang tidak gentar memautkan blog ini walaupun di tekan APA ucapkan terima kasih.Fikirlah..untuk apa kita berada dalam dunia blog ini.Untuk satu pejuangan atau untuk akur kepada individu tertentu?Semua nya ditangan Allah SWT..bukan ditangan manusia biasa macam kita.
WALLAHU'ALAM.

2 ulasan:

shahpaskal berkata...

tahniah bro...jadi blogger independence. lagi bagus.

Kutukandewata berkata...

Aku pun nak join APA.Boleh tak?