Khamis, November 10, 2011

PAS PUNCA ISLAM DIPERMAINKAN OLEH KAFIR !

APA HUKUM KAFIR HARBI EDAR, SENTUH DAGING KORBAN..???


Daging korban sewaktu Aidiladha hanya dikhaskan buat umat Islam sahaja. Ada larangan supaya ia jangan diberikan kepada kaum kafir kerana korban semasa Aidiladha ialah satu ibadah, bukannya suka-suka dilakukan seperti di majlis kenduri kahwin.

Tetapi, tidak pernah terdengar pula hukum melarang kaum kafir hadir sewaktu upacara korban dilakukan. Mungkin dari segi adab dan juga sikap hormat menghormati sesama agama, kaum kafir selama ini tidak pernah melibatkan diri didalam upacara keagamaan umat Islam yang satu ini.

Namun apa yang menyedihkan, pada Aidiladha kali ini, ibadah korban seolah-olah dicemari dengan pembabitan Ahli Parlimen Batu iaitu Tian Chua bergambar semasa melapah daging korban. Begitu juga dengan pengagihan daging korban oleh wakil DAP Teressa Kok kepada umat Islam di Parlimen Seputeh.

Selama berpuluh tahun ibadah korban dilakukan di Malaysia, tidak pernah kedengaran perkara seperti ini berlaku. Tetapi semenjak PAS berkawan baik dengan kafirun didalam DAP dan PKR, perkara-perkara jijik ini muncul secara tiba-tiba.

Dari satu segi, mungkin pihak PAS akan berkata bahawa kehadiran Tian Chua serta Teressa Kok ini membuktikan keberkesanan dakwah mereka kepada bukan Islam. Tapi dari satu sudut yang lain, ianya menunjukkan bahawa umat Islam amat pelahap hinggakan sanggup mengenepikan tradisi kesucian ibadah korban demi politik.

Hanya kerana dambakan kuasa politik, umat Islam didalam Pakatan sanggup membenarkan kaum kafir menyertai ibadah korban mereka. Bukan itu sahaja, kafir juga diberikan peluang untuk turut serta melapah daging serta mengagih-agihkan daging korban tersebut kepada umat islam lainnya.
Secara jujur, PAS kini membuka peluang kepada kaum kafir mempersendakan adat serta budaya bangsa melayu didalam negara. Malah, ibadat umat Islam juga telah dihalalkan untuk dipolitikkan oleh DAP bagi meraih sokongan dari bangsa melayu di negara ini.

Jangan lupa bagaimana sebelum ini Teo Nie Ching memberikan Tazkirah di mimbar Surau. Jangan lupa juga bagaimana sebelum ini Nga Kor Ming mempersendakan ayat Quran diatas pentas ceramah PAS. Kini, giliran Tian Chua dan Teressa Kok pula melakukan perkara yang sama.

Sanggupkah kita sebagai umat Islam dan juga bangsa melayu, melihat adat, budaya serta agama kita dipersendakan sebegini rupa? Pakatan pembangkang melalui PAS menjadikan semuanya halal demi politik jijik mereka.

Mungkin bagi penganut-penganut PAS ia tidak menjadi masalah, tetapi bagaimana dengan kita? Tepuk dada tanyalah iman…

Punca

1 ulasan:

usin berkata...

salam, saya banyak terbaca fakta2 sebegini dari kebanyakan blog pro kerajaan..ya sahih ini fakta dan diakui kebenarannya. tapi saya hairan apabila fakta2 yg jelas dan sahih ini dihuraikan atas sebab untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yg dibuat oleh PR, takde seorang pun nak komen(terutama golongan penyokong PR tegar)...ini menunjukn golongan ini tidak berani keana sememangnya mereka tahu mereka SALAH!syabas bro!