Selasa, Disember 13, 2011

TONGONG - PAS DAN PKR KENA TIPU - DAP MAIN SILAP MATA !



DAP menegaskan cadangan mahu meletakkan calon Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti adalah strategi biasa yang dilakukan mana-mana parti yang mahukan kemenangan.

Timbalan Pengerusinya, Dr Tan Seng Giaw berkata, dakwaan sesetengah pihak yang menuduh parti tersebut mahu meletakkan calon Melayu kerana mahukan jawatan menteri besar adalah satu tuduhan tidak berasas sama sekali.

Menurutnya, jika DAP bertanding di kawasan majoriti Melayu dan kajian membuktikan pengundi mahukan calon dari orang Melayu sendiri, maka parti tersebut tidak ada masalah melakukannya.

“DAP selama ini meletakkan calon tidak kira siapa pun kerana mana-mana parti yang bertanding pada pilihan raya umum sudah tentu mahukan kemenangan.

“Jika lebih 50 peratus pengundi di kawasan itu mahukan calon Melayu, kita akan letak, begitu juga sebaliknya. Jadi tidak timbul langsung soal memilih bulu, ia dakwaan yang jahat,” katanya kepada Sinar Harian.

Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong turut menegaskan isu seperti ini boleh merosakkan negara sekiranya semua kaum termakan tipu helah sekali gus menukar isu ini menjadi sentimen perkauman.

“Tuduhan ini boleh merosakkan kita semua, apa yang penting pemimpin perlu adil. Kita boleh cuba menjadi sempurna, tetapi kita hanyalah manusia biasa dan manusia sentia­sa melakukan kesalahan,” katanya.




sumber

Tiada ulasan: