Selasa, Januari 24, 2012

BAPAK PEMBELIT DAN PEMBOHONGAN DUNIA !

16 September, 2008 adalah pembohongan utama Anwar. Sebelum tarikh itu beratus SMS dihantar oleh pihak Anwar, bahawa SPB Agong telahpun bersetuju untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke-6, atas sebab BN kehilangan majoriti di dewan rakyat, kerana 31 MP BN melompat ke Pakatan Rakyat.

Namun pembohongan Anwar itu, tidak berlaku dan sehingga kini, belum ada wakil rakyat BN melompat ke parti Pakatan Rakyat, sebaliknya mereka kehilangan beberapa MP dan ADUN yang keluar daripada parti mereka untuk mengistiharkan MP atau ADUN bebas yang mesra BN.

Sodomi II yang diuar-uarkan oleh Anwar sebagai konspirasi Najib. Ekoran daripada dakwaan itu, Anwar mencuba memutar isu tersebut kepada masyarakat antarabangsa. Bayangkan sejak pemembasannya daripada penjara Sungai Buloh pada tahun 2006, sehingga kini tidak kurang 60 kali Anwar melawat luar negara, membawa isu berbagai pembohongan mengenai negara.

Pembohongan mengenai kapal selam Malaysia yang tidak boleh menyelam adalah salah satu pembohongan Anwar.

Pembohongan mengenai 1Malaysia, kononnya diciplak daripada 1Israel, juga satu lagi pembohongan Anwar.

Sebelum 9 januari, masa untuk mahkamah menjatuhkan hukuman terhadapnya, Anwar menjelajah seluruh negara, bahawa disebabkan konspirasi, maka beliau akan didapati bersalah dan dimasukkan dalam penjara. Namun, sebaliknya semua dakwaan Anwar itu hanya retorik, apabila mahkamah yang dituduhnya bersubahat dalam konspirasi membebaskannya.
 
 
 

Ahad, Januari 01, 2012

ADAM ADLI - TAHUN BARU DILOKAP - BANGANG !


    (Adam Adli si bangang)

Nak berdemonstrasi sangat puak-puak nih!
Ambik kau... akhirnya terhumban ke dalam lokap!

Kalau berdemonstrasi untuk meningkatkan mutu pembelajaran masing-masing, atau nak naikkan CGPA, rasa-rasanya seluruh rakyat Malaysia akan menyokong Adam Adli dan kengkawan bangangnya. Ini tidak, mereka berdemonstrasi untuk menyokong Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, sesuatu yang sebenarnya langsung tidak ada kena-mengena dengan kehidupan dan tugas mereka selaku pelajar universiti.

Mungkin alasan yang diberikan boleh mewajarkan gelagat demonstrasi mereka, tetapi sebenarnya itu hanyalah alasan cetek kerana motif sebenar adalah untuk membolehkan mereka meraih simpati dan sokongan daripada pelajar-pelajar universiti bagi tujuan 9 Januari nanti!

Demonstrasi di hadapan UPSI malam tadi, telah menyebabkan Adam Adli, Syukri Razab dan 15 orang yang lain, diberkas dan dihumbankan ke dalam lokap di Balai Polis Tanjung Malim.

Seelok-eloknya selepas ini, singkirkan mereka terus dari UPSI. Biar mereka sambung belajar di UNISEL pulak. Lagipun UNISEL memang menggalakkan dan melahirkan graduan-graduan demonstrasi yang bakal menggegarkan dunia. Jangan diberi peluang langsung kepada Adam Adli dan kawan-kawan jahanamnya daripada terus berada di universiti awam. Tempat mereka boleh diberikan kepada anak-anak Melayu-Bumiputera yang benar-benar ingin belajar dan meningkatkan taraf hidup.

Kalau tak salah, ada kursus yang khusus tentang demonstrasi yang diajar di UNISEL di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor!!!
 
Ini lah produk busuk yang ingin dilahirkan oleh PKR dan sukusakatnya.
Seharusnya dicantas sebelum melarat !
 
KLIK DISINI