Ketua UMUM pkr, sebagai berkata semalam bahawa provokasi itu berlaku selepas sekumpulan 250 orang diketuai Ketua Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, berkumpul di seberang jalan sekitar 9.30 malam.
Menurutnya, tindakan mereka menarik perhatian beberapa penyokong PR yang sedang mendengar ceramah dan berlaku insiden tolak-menolak antara dua pihak itu.
Ceramah tersebut turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PR.
"Insiden ini jelas adalah satu jenayah politik dan bukti bahawa Umno terdesak hendak mengekalkan kuasa.
"Tetapi saya percaya rakyat Malaysia sudah jemu dengan budaya samseng politik ini," kata wakil PKR di kawasan tersebut, Encik Amirudin Shari, kepada agensi berita AFP.
Polis setempat berkata mereka telah menerima laporan mengenai dua orang yang cedera itu dan sedang menyiasat insiden tersebut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan