Selasa, Mac 12, 2013

AMARAN KEPADA SPESIS TIAN CHUAKKK




PDRM menerusi Timbalan Ketua Polis Negara telah mengecam golongan atau puak yang cukup giat mencerca, menghina dan memperlekehkan usaha anggota-anggota pasukan keselamatan yang sedang berjuang menghalau dan menghapuskan lanun-lanun Sulu dari Sabah.

Walaupun sudah 9 orang perwira negara terkorban angkara nafsu serakah Anwar Ibrahim yang mahu mewujudkan ketakutan dan kucar-kacir di Sabah bagi membolehkan dia menjadi Perdana Menteri, para penyokongnya yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, membuat pelbagai andaian dan teori KONSPIRASI dan SANDIWARA semata-mata untuk menyenangkan hati 'Perdana Menteri 16 September' itu.

Pelbagai pendedahan telah dibuat oleh pihak luar terutama sekali portal-portal berita antarabangsa yang mengaitkan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari dan Jamalul Kiram III, dua kepala lanun Sulu yang sebelum ini giat memeras ugut rakyat Sabah, terutama sekali di Lahad Datu dan Semporna.

Terbaru adalah pendedahan oleh WIKILEAKS tentang hubungan rapat Nur Misuari dengan Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai KAWAN BAIK selain cakap besar Nur Misuari kononnya MNLF boleh menawan Sabah dalam tempoh dua jam sahaja!

Semenjak pendedahan-pendedahan tersebut dibuat, para penyokong Anwar Ibrahim mempergiatkan usaha mereka untuk memperlekeh-lekehkan segala usaha yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Malaysia, termasuklah menganggap kematian anggota-anggota keselamatan yang dibunuh oleh lanun-lanun Sulu sebagai SANDIWARA, dan 'selepas gambar diambil, akan hidup dan berjalan seperti biasa semula'.

Sementara itu, laporan polis yang dibuat terhadap Tian Chua terus meningkat di seluruh negara. Pelbagai lapisan masyarakat, termasuklah dari kalangan masyarakat Cina sendiri, menghamburkan kemarahan terhadap Tian Chua.

Semalam, Tian Chua lari lintang pukang dalam sebuah ceramah apabila orang ramai menyerbu dan kemudian memberitahu para penyokongnya kononnya samseng-samseng UMNO telah menyerangnya. Para penyokong PKR turut memanjangkan cerita tersebut dan menggambarkan para penyokong UMNO sudah terlalu terdesak, walaupun sebenarnya yang turut 'menyerang', 'menyergah' dan 'bertanya' kepada Tian Chua itu, sebahagian besarnya adalah penyokong Pakatan Rakyat sendiri!!!

Tiada ulasan: