Selasa, Mac 12, 2013

SAMAN : TAKTIK ANWAR TUTUP KEMALUAN DAN KUMPUL DANA POKET


SAYA merujuk kepada laporan Utusan terima surat tuntutan saman Anwar (Utusan 5 Mac 2013).
Rakyat Malaysia ketahui bahawa pada 2 Mac yang lalu, Utusan memetik laporan agensi antarabangsa yang mendakwa bahawa pencerobohan kumpulan bersenjata asing di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah berlaku atas jemputan pembangkang negara ini.
Laporan tersebut dibuat oleh Inquirer NewsReuters dan agensi perisikan Filipina. Tetapi Anwar memilih hanya untuk menyaman Utusan.
Dengan langkah terbaru ini, rakyat menyedari bahawa surat tuntutan menyaman Utusan hanya "sandiwara saman" Anwar dengan tujuan untuk menutup "mulut" akhbar daripada bersuara mengenainya.
Kita juga mengetahui modus operandi Anwar seperti kes beliau menyaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam usaha untuk menutup ruang bagi Dr. Mahathir bersuara.
Memandangkan Anwar telah mengemukakan surat tuntutan saman terhadap Utusan Melayu (M) Bhd., adalah diharapkan semoga pihak mahkamah dapat mempercepatkan kes tersebut.
Ini kerana perbuatan pencerobohan yang dilakukan oleh rakyat asing ke negara ini satu perkara yang serius terutama sekali dengan bantuan dan kerjasama rakyat Malaysia sendiri.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130311/fo_02/Saman-Taktik-Anwar-tutup-mulut-akhbar#ixzz2NJdNv9ne
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan: