Selasa, April 16, 2013
MAT SABU CARI BOMOH SIAM NK KEMPEN SBB TAKUT DGN ABG MAN
Ketika puak-puak pecacai PAS Kedah dengan penuh confident menyatakan sekurang-kurangnya 6 kerusi DUN Kedah akan berpindah kepada PAS dengan mudah, keyakinan mereka di Pendang kelihatan amat pudar dan malap. Mat Sabu bakal berhadapan dengan seorang pemimpin tempatan yang tidak pernah melompat ke sana ke mari seperti katak dan belalang sepertinya.
Apa kekuatan Mat Sabu untuk berhadapan dengan Othman Abdul di Pendang?
Jawapannya ialah, keyakinan kosong, seperti kosongnya keyakinan bahawa Islam dan PAS itu menyatu!
Di kalangan penduduk dan pengundi tempatan, Dato' Othman Abdul bukannya asing. Dia pernah berkhidmat sebagai Setiausaha di Jabatan Perdana Menteri. Kaum keluarganya di Pendang sendiri sebahagian besarnya merupakan ahli-ahli PAS dan dia sendiri pernah kalah kepada Allahyarham Fadhil Nor semata-mata kerana ahli keluarganya TERPAKSA memberi undi kepada Presiden mereka itu.
Sekarang, Fadhil Nor sudah lama meninggal dunia. Legasinya tidak diteruskan oleh ahli keluarganya. Kalau ada pun, hanyalah sebilangan penyokong PAS yang cuba mengambil kesempatan dan mempergunakan namanya termasuklah Mat Sabu.
Siapa yang tidak kenal dengan Mat Sabu?
SUMBER
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan