Rabu, April 17, 2013

NASHA AKAN TENTANG KHALID YG LOMPAT KEPORT KLANG !

Nasarruddin Sedia Berdepan MB Selangor Yang Lari Ke Pelabuhan Klang

SHAH ALAM, 16 April –  Calon Barisan Nasional (BN) N.46 Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang, Datuk Nasarruddin M Zin bersedia sepenuhnya untuk bertanding dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di kawasan berkenaan.
Beliau seterusnya berkeyakinan dan bukan satu kejutan untuk memenangi DUN berkenaan setelah rakyat khususnya di kawasan tersebut lebih mengenali siapa sebenarnya Tan Sri Khalid.
“Berkeyakinan besar…..Insyaallah…… Bukan satu kejutan untuk kalahkan Khalid. Dia lari daripada kawasan yang dia tak ‘services’. Rakyat tahu nilai yang mana intan  dan yang mana permata. Kita yakin kerana kita dah buat kerja sejak kalah.
“Turun ke bawah dan banyak kesilapan yang dibuat oleh kerajaan negeri seperti janji yang tidak ditunaikan. Dengan sokongan rakyat, insyaallah kita yakin BN tidak menghadapi masalah,” katanya selepas majlis pengumuman calon BN di sini, hari ini.
Beliau seterusnya berkata kombinasi rakan-rakan komponen BN yang bekerja dalam satu pasukan adalah strategi utama pada pilihan raya kali ini.
“Rakyat tahu saiapa Khalid dan siapa BN yang bergerak secara berpasukan untuk membantu rakyat. Tambahan pula sebelum ini rakyat kenal beliau  kerana Menteri Besar yang tidak turun padang. Tidak berjasa di Pelabuhan Klang. Yang dia datang hanya nak janji…..sepanjang jadi Menteri Besar banyak janji kosong,” katanya. -MediaUMNO 


SUMBER

Tiada ulasan: