Ahad, Disember 26, 2010

JURULATIH PASUKAN BOLASEPAK INDON LEBIH BERKUASA DARI MENTERI !

"Kalau J/latih berkata tidak boleh, kami tidak boleh berbuat apa2. Kerana yang berhak mengizinkannya adalah jurulatih," kata Andi Darusalam Tabusalla, kepada wartawan di hotel penginapan pasukan Indonesia, di Kuala Lumpur, Sabtu (25/12) malam tadi.Malah j/latih tersebut juga tidak mahu melayan permintaan dari menteri2 indonesia yang lain. 
Pekara ini juga ada berkaitan kenyataan beliau sebelum ini yang mengatakan bahawa bookie judi bola sepak sedang berkeliaran dihotel penginapan pasukan Indonesia. Sehinggakan makanan kepada para pemain juga diiringi/diperiksa dahulu sebelum dijamah oleh mereka. 

Menurut Andi, Riedl melarang karena ia risau pemainnya akan keletihan. Pada acara pertemuan itu pasti akan banyak wartawan yang akan bertanya pada pemain sehingga membuat pemainnya keletihan.

Sebelumnya, tersiar berita yang mengatakan akan ada pertemuan antara Andi dengan pemain Indnesia pada malam ini . Maklumat ini tersiar mulai siang tadi. Namun, ternyata dibatalkan. Padahal wartawan telah bersiap meliput sesi pertemuan ini.

Andi dan sejumlah menteri Indonesia telah tiba di Kuala Lumpur. Mereka sukarela datang untuk memberikan sokongan moral kepada team Merah Putih. Kerusi yang akan mereka duduki semasa menonton perlawanan final nanti juga telah disiapkan oleh petugas stadium.

Dari maklumat yang diterima, kerusi VVIP di stadium Bukit Jalil telah tersemat nama vvip dan ahli politik terkenal di Indonesia. Di barisan ke-15 dari bawah, telah terpasang nama Ketua Umum Partai Demokrat Anas Urbaningrum beserta isteri, sebelahnya tercantum nama Ketua Muhammadiyah Din Syamsuddin. Masih di barisan yang sama ada nama Sekretaris Kabinet Dipo Alam dan istri.

Menteri Tenaga Kerja Muhaimin Iskandar dan Menteri Kelautan Fadel Muhammad, masing-masing beserta istri, juga telah disiapkan di kerusi yang sebaris dengan Din Syamsuddin. Di belakang barisan mereka terpasang keluarga dan staf menteri dan anggota DPR.

WOWWWW
Ramai menteri mereka yang datang memberi sokongan.
APAKAH para menteri Malaysia akan berbuat demikian semasa pertemuan akhir kedua diIndonesia nanti ?!

JANGAN HILANG TELOQ DAH LE !

4 ulasan:

Wake UP! berkata...

Tentunya Pak Menteri Indonesia lebih bersikap nasionalis.

Sikap sebegini patut dicontohi Pak Menteri Malaysia. Jangan jadi Malingsia.

blogenstarz berkata...

Wake Up
Menteri Malaysia yang Hadir mngkin YB Shaberi Chik...
Yang Lain... S/by TENANG kot !

Tanpa Nama berkata...

GO MESIA GO!. PAK MENTERI M'SIA SILA LA DTG RAMAI2 PENUHKAN STADIUM HUHUHU

blogenstarz berkata...

VVIP Malaysia yang dijangka hadir adalah Sultan Pahang dan Tengku Mahkota selain aripada YB Shaberi Chek sendiri...
Yg lain masih TENANG !