Isnin, Januari 24, 2011

MANUSIA PALING BANGANG DAN BANGSAT DITENANG !

Anggota Unit Amal, Md. Razi Jamaluddin cuba mempertahankan diri dan membenarkan laporan daripada media-media dan para blogger PAS tentang isu kematian Setiausaha UMNO, Allahyarham Abdul Latif Subhi Mohd Din dengan menegaskan bahawa sememangnya jenazah Abdul Latif 'terbiar' dan hanya Unit Amal PAS sahaja yang menguruskannya. (HARAKAH DAILY)

(hidung tak mancung.pipi tersorong2 kaki kelentong)
Yang dijadikan isu adalah Perdana Menteri yang ada di situ tidak melawat jenazah sekalipun Allahyarham adalah orang kuat UMNO. Yang turut dijadikan isu adalah konon-kononnya PAS dan calon pilihanraya mereka sahaja yang buat kerja-kerja fardu kifayah itu.

Sedangkan penjelasan daripada pihak masjid dan keluarga si mati, tidak pula diperjelaskan oleh PAS dan anggota Unit Amal tersebut. Sebaliknya yang dilakukan ialah mendabik dada bahawa mereka sahajalah yang bertanggungjawab terhadap agama dan urusan-urusannya.

Kesian para petugas PAS yang tidak dapat membezakan antara fardu kifayah dengan fardu politik taik yang sedang mereka ceburi. Kata mereka, mengundi adalah fardu kifayah. Kata para pemimpin PAS lagi ketika sedang berkempen, memilih kerajaan adalah fardu kifayah ke atas umat Islam.... malahan memilih orang atau pihak agama sebagai penguasa adalah salah satu rukun dalam ajaran Islam, walhal hadis-hadis Nabi s.a.w kebanyakannya memberi peringatan tentang bahaya orang-orang yang mempamerkan diri sebagai golongan beragama atau lebih tepat lagi digelarkan sebagai ULAMA SU' yang mencari kuasa dalam politik dan pentadbiran dengan cara menyesatkan umat menerusi dakyah-dakyah agama mereka.

Penjelasan yang diberikan oleh keluarga si mati, terutama daripada balu si mati, ternyata benar sangat bersalahan daripada yang diperkatakan dan didabik-dabikkan oleh PAS dan ahli-ahlinya termasuklah dari calon pilihanraya PAS sendiri. (BLOG ANAK SEBERANG)

Jangan ingat, bila masuk Parti Islam SeMalaysia, maka secara rasminya, Islamlah kita... jangan fikir, bila kita berkepiah putih atas kepala, kita sudah lebih Islam daripada orang lain... sebabnya, bukti sudah jelas, ramai yang sangat JAHIL bab-bab hukum dan menyalahgunakan hukum berkenaan kepada orang lain untuk tujuan politik yang tidak berkesudahan...

Hasilnya, orang bukan Islam termasuklah dari kalangan DAP dan PKR akan gelak-gelakkan kita sebab kita hanya menggunakan agama sebagai isu untuk membesarkan para pemimpin DAP dan PKR, bukannya untuk tujuan perjuangan asal PAS sendiri!!!!
 
 

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau sudah kepala PAS kaki kelentong, Penganut nya pula kaki putar alam.
Hantu Raya tak bertuan betul !

ISAC berkata...

Biasalah bro...

Berbuat baik untuk milage politik.

UjangRanggi berkata...

PAS dah tau nak kalah, cari publisiti murahan nak mintak simpati...kan Tok Guru diorang ajr suruh berbanyakkan temberang?

Airkarat berkata...

Alih2 DAP juga yang untung,salehudin parlimen kubang kerian tk pernah turun nengok air paip karat dn tekanan air rendah dh berpuluh tahun rakyat derita kat dun pasir tumbuh,cakp je lebih.