Sabtu, Januari 15, 2011

UMNO ADALAH BUKAN ISLAM - NIK AZIZ

TERLALU cabul dan lancang mulut Nik Aziz.Oleh kerana terlalu gilakan kuasa beliau sanggup menggelar UMNO sebagai bukan Islam.Siapakah beliau yang sehingga boleh mendefinasikan UMNO sebagai bukan islam?.Apakah beliau lupa bahawa selepas PRU12 beliau sudah menjalin kerjasama dengan DAP dan PKR senhingga dapat menakluki 4 negeri diMalaysia.Tidakkah beliau sedar bahawa berkerjasama dengan DAP dan PKR adalah sama juga berkongsi kuasa dengan KAFIR.
Itulah PAS,tahu kesalahan orang lain saja.Kesalahan diri sendiri dianggap kesilapan orang lain.

MACAM KETAM BANGKANG!




PASIR MAS 14 Jan. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan terlalu angkuh kerana menganggap UMNO sebagai bukan Islam dan tidak layak memerintah negeri ini.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, Mursyidul Am Pas itu perlu ingat bahawa rakyat Kelantan telah menunjukkan perubahan dan tidak mengejutkan sekiranya UMNO dapat mengambil alih pentadbiran Kelantan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.



(anggap UMNO sebagai bukan islam- kafir)
CELUPAR SUNGGUH !
"Apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed membuat kenyataan bahawa parti itu memberi tumpuan khusus di 23 kerusi, Nik Abdul Aziz menjawab usah peduli dan serah sahaja kepada Pas kerana mereka Islam dan UMNO dasar kebangsaan.
"Kenyataan ini terlalu angkuh dan tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang bergelar tok guru, sepatutnya beliau berkata, saya sambut baik atas dasar demokrasi dan rakyat boleh membuat pilihan, jangan menidakkan hak orang lain dan hak orang, kita mahu rampas," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Sekolah Kebangsaan Dato' Ibrahim II di sini hari ini.
Rabu lalu, Nik Abdul Aziz menyifatkan Mustapa tidak layak mengambil alih kepimpinan negeri ini kerana tidak mempunyai 'lesen Islam'(kafir).

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itu kenyataan yang bodoh.Siapa dia Nik Aziz? Syurga neraka ditangan beliau kah.....

Tanpa Nama berkata...

tok guru n.ajis cakap benar. UMNO memang bukan Islam. UMNO itu parti politik. bila la pulak UMNO mengucap? tapi ahli UMNO beragama Islam, tapi tang Sabah tak pasti la 100% Islam. Ahli pas pula beragama Islam bermazhab pas. mazhab terbaru dalam agama Islam selepas 4 mazhab. di Malaysia sahaja. sebab itu byk ajaran baru dan fatwa yg dikeluarkan oleh pemimpin pas dan ustaz dap utk ah lipas. ajaran mereka tak sama dgn ajaran Islam yg diamalkan oleh muslim di dunia ini.... terutama bab politik.

hangkedee berkata...

Kata musidul am Pas"Ambo tak see salam dengan mu mat deris".Apakah anda faham kecek kelete ni?Apakah dengan memutuskan perhubungan sesama Islam selama tiga hari boleh memohon kebenaran nik ajis untuk kita masuk suleger?