Khamis, Februari 17, 2011

ISU KEMATIAN ADALAH KEGEMARAN PAKATAN PEMBANGKANG ! DAP1st.

Dalam hidup pembangkang, semuanya berkenaan politik.  Air politik, minyak politik, sehinggakan mati pun boleh dipolitikkan juga.  Begitulah keadaannya pembangkang di Malaysia.  Tiadalah yang tidak berkenaan politik.
Kalau difikirkan, apa jenis durjana puak-puak ini bila keluarga orang yang telah mati berulang kali digunakan untuk kepentingan politik pembangkang terutama DAP.  Asalnya, cerita untuk tutup salah laku majikan TBH merangkap ADUN Sri Kembangan tapi mileage politik yang lebih besar cuba diraih bila isu ini berkembang dari mati bunuh diri kepada kononnya dibunuh SPRM.
Apa jadi dengan siasatan ke atas ADUN Sri Kembangan? 
Semua pun sibuk pasak TBH, tak sapa minat nak tanya ke?
Kononnya TBH mati semasa siasatan, walhal mendiang mati setelah selesai disiasat SPRM cuma kerana mendiang memilih untuk tidak balik sebaik proses siasatan selesai (sebelum terjun) yang menyebabkan isu ini jadi besar.
Inkues dah dedahkan perkara ini dan tidak ada siapa yang menyangkal pun.
Sedihnya, dek kes yang satu ini, bertaburanlah duit rakyat Selangor dalam hal pengendalian kes, dari membawa pakar forensik Thailand, membayar peguam pemerhati keluarga dan kerajaan negeri dan kos-kos lain  yang  tidak ada kepentingan kepada rakyat Selangor secara amnya.
Tidak cukup dengan inkues (yang berakhir tanpa keputusan), Suruhanjaya Diraja pula ditubuh, untuk memuaskan hati keluarga mangsa.  Maaf cakaplah, tapi kelihatannya kerajaan seolahnya mengikut saja rentak tari yang dimainkan pembangkang.  Niat memang bagus tapi lihatlah bagaimana kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya untuk kepentingan politik DAP.
Tidak ketinggalan isu perkauman yang terlibat.
Baru beberapa hari Suruhanjaya bersidang, modus operandi yang sama dalam kes Anwar, dimainkan juga dalam kes TBH ini.  Jika dalam kes Anwar, pernah ada permintaan untuk menggugurkan barisan pendakwaan, dalam kes TBH pula ada permohonan oleh keluarga untuk menggugurkan Timbalan Pendakwa Raya.
Kalau dalam kes Anwar ada permohonan untuk menggugurkan hakim bicara, dalam hal Siasatan Suruhanjaya Diraja ini pun ada juga permohonan untuk menggugurkan Pengerusi Siasatan Diraja,  Tan Sri James Foong Cheng Yuen.
Bila permintaan tidak dilayan, peguam dan keluarga angkat kaki meninggalkan sesi siasatan, apa semua ni?  Majlis Peguam yang pro pembangkang tu pun sahkan tidak ada masalah untuk seorang hakim persekutuan menjadi pengerusi Suruhanjaya, apa lagi tak puas hati?
Ironinya, dalam kedua-dua kes pun peguam sama yang jadi pak dalang. 
Soalan kita, nak cari kebenaran ke nak main wayang politik dan perkauman?  Tahu ke keluarga TBH ni berapa banyak duit rakyat yang dah habis hanya untuk satu perkara ini saja?  Banyak lagi keutamaan yang perlu didahulukan kerajaan, bukannya menumpu semua sumber kepada hal yang ini sahaja.
Penulis sarankan kerajaan bubarkan sahaja Suruhanjaya ini kerana nampak sangat tujuannya bukan nak cari kebenaran sebaliknya ada tujuan politik.  Belum mlagi disebut membazirkan masa semua yang terlibat dan duit rakyat. 
Banyak lagi keutamaan kita yang perlu diberi perhatian daripada terus menerus melayan drama politik yang tidak ada kesudahan ini.
Keluarga mangsa hanya nak dengar satu perkara saja SUPAYA  SPRM BERTANGGUNGJAWAB DALAM KEMATIAN TBH, lain daripada itu mereka tidak mahu dengar. 
Sampai bilapun keadilan tak akan dapat dicapai kalau macam tu.  Gambar bawah ni membuktikan kebenaran cakap penulis tu.
(DAP seronok kalau ada kematian)
Semuanya adalah sandiwara dan perencah penyedap kerja kempen PRU 13 bagi DAP dan PKR.
PRU 12 mereka meraih sokongan kerana kes ANWAR .
PRU 13 mereka akan meraih sokongan daripada KEMATIAN !

Tiada ulasan: