Selasa, Februari 15, 2011

KEBIADAPAN CLASS 1.

 KARPAL SINGH MEMANG BIADAP .
Walaupun Malaysia sudah Merdeka dan Segala Hak asasi semua rakyat telah termaktub didalam perlembagaan,Karpal Singh Masih Lagi dengan perangai kurang ajarnya.Beliau dilihat sangat
tidak berpuas hati dengan apa yang dinikmati diMalaysia sepanjang hidup disini.
Walau[un beliau saorang peguam,Janganlah kebodohan itu diserlahkan dengan gilakan kuasa.
Apa istimewanya saorang peguam kalau perangainya macam keldai.Selalu tidak berpuas hati dan menimbulkan kemarahan orang ramai.
Kebebasan bersuara ada had nya.Janganlah diguakan dengan mengeluarkan
kenyataan yang boleh menimbulkan pecah keamanan.
Jangan menuduh orang lain sembarangan ....


seterusnya...

Karpal Singh tidak layak menuduh sesiapa sebagai berbohong apatah lagi tuduhan itu dilemparkan ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Ini kerana Pengerusi DAP itu sendiri pembohong paling besar dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, sebagai ahli politik dan peguam yang tiada nilai akauntabiliti serta integriti kerana cuba menyembunyikan bukti aktiviti homoseksual Anwar, Karpal tidak layak untuk mengkritik Dr. Mahathir.
Katanya, adalah memalukan bagi seorang peguam yang tidak beretika seperti Karpal cuba menjadi jaguh dengan menuduh orang lain sebagai pembohong.
Sedangkan, tambahnya, Karpal sendiri berbohong perkara lebih besar kepada rakyat dengan menyembunyikan bukti kegiatan liwat Anwar.
"Sebelum dia mahu menuduh Dr. Mahathir kononnya pembohong, Karpal perlu jelaskan kepada rakyat mengapa dia memilih untuk membela Anwar sedangkan pada tahun 1997 dia sendiri mendedahkan bahawa bukti aktiviti liwat ketua pembangkang itu ada dalam tangannya.
"Ini bukan isu main-main dan Karpal tidak boleh lari daripada perkara ini. Dalam hal ini, Karpal sebenarnya pembohong kerana cuba menyembunyikan hakikat sebenar gaya hidup songsang Anwar daripada pengetahuan rakyat, hanya semata-mata kerana kepentingan politik.
"Dia perlu mencermin dan membersihkan dirinya terlebih dahulu dengan mendedahkan bukti aktiviti liwat Anwar sebelum layak menuduh pemimpin yang banyak berjasa seperti Dr. Mahathir," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Zahrain mengulas kenyataan Karpal yang mempertikaikan pendedahan Dr. Mahathir bahawa beliau telah bertemu dengan pemimpin pembangkang pada 1987 bagi menyakinkan kumpulan tersebut bahawa mereka tidak akan ditahan dalam Operasi Lalang.
Karpal dipetik sebagai berkata: "Jika Dr. Mahathir tidak menyahut cabaran saya dalam masa tujuh hari, ia mesti dianggap bahawa Dr. Mahathir tidak bercakap benar. Ini adalah perkara yang sangat serius bagi seorang bekas Perdana Menteri berbohong secara terbuka."
Menurut Zahrian, beliau dan rakyat Malaysia yakin bekas Perdana Menteri itu bercakap benar apatah lagi kenyataan Dr. Mahathir dalam buku 'Doctor M: Operation Malaysia-Conversation with Mahathir Mohamad' turut disokong bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar.
"Dr. Mahathir sepanjang 22 tahun mentadbir negara terlalu banyak jasanya kepada Malaysia berbanding Karpal. Beliau tegas dan berani kerana benar, beliau tidak memutar belit fakta selain bertanggungjawab terhadap segala kenyataan yang dikeluarkannya.
"Karpal ini pula siapa? Dia sendiri tidak tahu membezakan antara etika sebagai seorang peguam dengan kepentingan politik tetapi mahu menuduh orang lain sebagai pembohong. Tonjolkan akauntabiliti dengan mendedahkan bukti liwat dahulu," cabarnya.

utusan

3 ulasan:

JKKKP SUNGAI KECHIL berkata...

salam buat bloger..jika sudi sila dtg ke blog saya http://jkkkpsgkechil.blogspot.com/

TESLAMARIN berkata...

mohon dilinkkan dan masuk dlm bloglist

blogenstarz berkata...

JKKPSGKECIL:
TESLAMARIN;

ASAP

tqvm