Sabtu, Februari 12, 2011

PRESIDEN PERTAMA REPUBLIK OF MALAYSIA ?

Presiden Anwar,
Azmin jadi PM?
Tony Pua Mentri Pertahanan.?
Lim Guan Eng Mentri KDN ?

Mustahil oh Tidak ! Mustahil !
SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali didakwa pernah mengeluarkan kata-kata yang membayangkan beliau sendiri
ataupun partinya pernah berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara republik.

Adiknya, Ummi Haflida Ali (gambar) yang mendakwa demikian berkata, hal itu pernah disuarakan Azmin kepada bapa mereka, Ali Omar beberapa tahun lalu.

"Ayah yang beritahu keluarga mengenai apa yang diberitahu Azmin kepadanya. Kata ayah, Azmin juga ada memberitahunya supaya tunggu dan lihat, (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) akan jadi Presiden Republik Malaysia yang pertama manakala dia (Azmin) sendiri akan jadi Perdana Menteri," katanya.

Ummi berkata, dia bagaimanapun tidak pasti sama ada Azmin benar-benar bermaksud dengan apa yang dinyatakannya ataupun disebabkan terlalu ghairah dengan apa yang diperjuangkan bersama Anwar.

"Ini kerana, ayah kami bukan seorang yang begitu ambil berat mengenai isu-isu semasa politik tanah air. Saya tahu dia (Ali) sendiri pun kurang mengerti apa yang diberitahu Azmin kepadanya. Sebab itu, Azmin katakan pula kepada ayah, ayah tak faham tak apa, cuma tunggu dan lihat," katanya ketika menyampaikan ceramah kempen Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) di Jalan Kebun, malam semalam.

Mengikut Wikipedia, republik merujuk sistem kerajaan (negara) yang diperintah oleh ketua negara yang dipilih rakyat dengan gelaran seperti presiden, bukan sistem beraja atau monarki. Kerajaan republik dimiliki serta dikawal oleh rakyat namun bukan semestinya demokrasi kerana ada juga pemerintahan republik yang bersifat 'kuku besi' atau totalitarian.
Apa yang membimbangkan, kata Ummi, jika PKR atau parti sekutunya berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan pada pilihan raya umum akan datang, mereka mungkin akan meneruskan usaha ke arah mencapai matlamat seper­ti yang dikatakan Azmin.

Ummi berkata, setiap orang Melayu harus memikirkan perkara itu dan bersungguh-sungguh mempertahankan kedaulatan raja-raja.


Sebab itulah mereka semua sedang dan telah membawa budaya demotrasi jalan
keMalaysia bagi mencapai maksud yang diidam2kan.
Kepada orang2 Melayu..... Fikir2kanlah.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAP akan ketawa bergumbira dapat adik !